BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 10, 2011

kerana duit

Oh dimana mahu cari duit?
Pentingnya duit untuk kehidupan hari ini,
Kertas yang hanya mempunyai beberapa not,
Yang manusia anggap sangat berharga?

Kerana duit semua perkara bergerak,
Kerana duit semua dapat memiliki apa yang dimahukan,
Kerana duit semua keseronokan dimiliki,
Kerana duit semua kebuncitan,
Kerana duit semuaboleh melompat gembira.

Dan jangan lupa!

Kerana duit ada yang tidak mampu bergerak,
Kerana duit ada yang sanggup berbunuhan,
Kerana duit ada yang menjadi lidi akibat kelaparan,
Kerana duit ada yang tumbang kesakitan,
Kerana duit ada yang dipijak,
Kerana duit ada yang menangis kelaparan,kesakitan.

Duit adalah penipuan,
Duit adalah kuasa,
Duit adalah segalanya,
Duit adalah LAMBANG KEANGKUHAN!


untuk semua

Semua hanya pandai cakap sahaja,
Semua hanya pandai tunjuk pandai sahaja,
Semua hanya pandai menjatuhkan usaha seseorang sahaja,
Semua hanya berlagak seperti mengetahui semua perkara,
Semua kononnya mempunyai jati diri yang mulis,
Semua pandai menggunakan ilmu yang ada,
Semua ilmu yang ada digunakan untuk memalukan semua orang,
Semua mahukan yang terbaik.

Sebab apa?

Semua sombong,
BODOH SOMBONG!

Dengan caramu yang begini,
orang hanya melihatmu seperti

INI

Saman...

INI ADALAH POST DARI SEORANG SAHABAT. BUKAN KEPUNYAAN AKU. AKU HANYA MAHU BERKONGSI






Email aku dapat. Aku sendiri tidak membaca lagi. Kalau rajin silakan....

Ketahui Hak Anda Dalam Saman Ekor



Zulhazmi Shariff

Ramai yang masih kabur dan tidak faham hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi Negara. Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agam, kaum, bangsa dan juga fahaman politik. Semua warganegara dijamin hak yang sama.

Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan

Hak terhadap harta.

(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.

(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan. Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat terhadap harta. Alasannya jika seseorang rakyat itu dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya terhadap harta.

Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut.

Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.

Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.

Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.

Berbalik kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman sehingga hari ini 28/2/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, ADAKAH SESEORANG ITU BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB MEMBAYAR DENDA?

Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap saman itu. Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap suapaya OKS hadir mahkamah. Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga samann itu. Tidak tertunggak.

Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.

Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenalai dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawap tuduhan memandu melebihi hadlaju. Kemudian proses mahkamah yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku. Maka saman itu akan selesai dan tidak tertunggak. Masalah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan. Kompaun bukan denda tetapi tawaran. Dendan hanya boleh dikeluarkan dan diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan bukan JPJ. Inilah penyalahgunaan kuasa dan peraturan oleh pihak berkuasa. Mereka bertindak melebihi kuasa yang diberikan. Mereka bertindak sebagai penghukum sedangkan tugas itu hanya ada pada Mahkamah.

Justeru kepada semua rakyat Malaysia, ketahui hak anda, jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan penindasan. Gunakan hak anda… TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya.

Bagaimana JPJ boleh menhalang pembaharuan cukai jalan?

1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.

Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?

2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman. Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahakamh atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI

3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?

Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh:

a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang.

b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.

c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.

Zulhazmi Shariff ialah Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE)

Tuesday, March 8, 2011

Bebas?

Berasa bebas di negara merdeka ini?  Bebas dari segi mana?


Aku sendiri tidak dapat merasakan bebas dalam kehidupan seharianku. Terutama dalam pembelajaranku. Aku telah dipaksa dalam segala-galanya. Aku sentiasa dipaksa untuk melakukan segalanya? Aku mengada-ngada? Terpulang pada kalian untuk mengatakannya. Ini adalah suaraku. Suaruku yang selalu disekat. Disekat untuk berbicara.

Dalam proses pembelajaranku, aku dipaksa untuk pelbagai cara. Dari segi pemakaian, fesyen rambut, memandu kenderaan dan segalanya. 

Aku juga dipaksa untuk menduduki pembelajaran dalam English. Aku dipaksa. Katanya ini adalah bahasa dunia. Baginya nampak kehebatan dari kefahaman adalah lebih penting dalam pembelajaran. Masyarakat Jepun contohnya, mereka tidak terlalu pentingkan pembelajaran dalam English, mereka lebih mementingkan kefahaman kepada pelajar.  Hasilnya? Ramai dari mereka melahirkan golongan intelektual.

Mungkin aku terlalu bodoh dalam English sehinggakan aku ketinggalan jauh. 

Apabila bersuara mereka dengan angkuhnya mengatakan aku ini seorang yang kurang ajar dan mengenakan tindakan yang kurang wajar.

Samada aku terima atau tidak, Aku hidup du negara yang merdeka.


Pandai?

Besar makna pandai. Pandai? Bijak? Cerdik? Semua mempunyai maksud yang sama.

Cuma masyarakat kita ini sebenarnya hanya mengatakan pandai adalah setelah seseorang itu mempunyai sebuah sarjana yang berupa sijil. Bagaimana dengan orang yang tidak mempunyai apa-apa sijil? Adakah mereka bodoh?

Maaf! Di dunia ini semua manusia adalah PANDAI. Sebab apa? Sebab semua manusia saling memerlukan antara satu sama lain. Jika semua masyarakat sombong dan pandai. Semua perkara tidak akan berjaya di dalam dunia ini.


Berjaya?

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan berjaya dalam kehidupan yang sebenarnya?
Ada yang mengatakan berjaya itu adalah setelah mempunyai harta yang banyak. Ada yang mengatakan Berjaya adalah setelah tamat pengajian dimana-mana IPTA atau IPTS.

Apakah itu semua sebenarnya kejayaan dalam kehidupan?
Pelbagai sebenarnya yang di maksudkan berjaya. Berjaya secara jujurnya adalah perasaan puas setelah sesuatu yang di kehendaki telah dikecapi.

Semua orang mempunyai hak untuk berjaya. Bergantung apa yang dimahukan untuk berjaya. Kepuasan yang penting dalam kehidupan. Kepuasan bersama semua.

Dimana duniaku?

Aku seperti terperap di dalam dunia rekaanku,
Seperti ada yang mengianayaiku,
Dunia rekaanku hanya rekaan sahaja,
Rekaan hanya dari anganku,
Aku hanya berangan untuk mempunyai angan,
Berharap untuk mempunyai harapan,
Berilusi untuk mendapatkan ilusi,
Bermimpi untuk mendapatkan mimpi.

Kesengsaraan manusia tidak bersalah di dunia realiti,
Manusia yang tidak termampu untuk melawan,
Untuk berkata, 
Untuk bijaksana,
Untuk hidup....

Aku masih terangan di dunia ku,
Hanya mementingkan dunia fantasi rekaanku,
Hakikatnya?
Hanya kesedihan,
Kesedihan untuk semua.....