BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, March 27, 2011

Menginjak neraka...

Maaf, Aku pinjam lirik Superman is Dead ( Menginjak Neraka ). Tapi ini yang aku rasakan pada waktu ini.

Tak pernah lelap,
Mimpiku selalu gelap,
Belati berkarat,
Dosa mengucur deras,
Bernafaskan api,
Tiada yang kan abadi,
Menatap langit,
Tinggalkanlah semua sakit.

Dadu terbakar,
Setan kan ku sambut,
Merah berkilau,
Mengotori jantungku,
Gitar yang patah,
Jadikanlah semua mimpi,
Intan permata,
Saat yang tiada datang.

Kujatuh, jatuh di kesunyian,
Tiada teman hanya kesedihan,
Kujatuh tanpa teman,
Dan menghilang.

Menginjak neraka, ku pun hancur,
Sirkus liar semakin menakutkan,
OH TUHAN MAAFKAN, KU BERDOSA,
TUNJUKKAN SINARMU HEI MALAIKAT

Jatuh....

Oh Tuhan,
Aku dah jatuh,
Jatuh yang teramat teruk sekali,
Aku tersungkur lalu diseret,
Diseret supaya lebih menderita.

Aku hanya pandai merayu,
Aku hanya boleh menangis,
Kesalahan yang aku lakukan sungguh berat.

Ini balasan yang aku dapat,
setelah aku mencuba yang terbaik,
Aku tetap tersilap langkah dan melakukan kesilapan.

Aku cuba,
Cuba bangun dan lawan ini semua,
Supaya aku tidak terus terjatuh,
Dan aku terus terbangun.

Titisan air mataku,
Tiada siapa peduli,
Atas sebab kesilapanku,
Semua hanya mengetawakanku,
Menangis setelah melakukan kesilapan.

Aku cuba bangun,
Aku cuba bangkit,
Walaupun aku berjaya bangun,
Kesakitan akibat jatuh masih aku rasakan.

Aku mahu mengulangi hari semalam,
Hari yang aku melakukan kesilpan,
Supaya aku berhati-hati,
Supaya aku tidak jatuh sebegini sakit,
Supaya ada yang membantu setelah aku jatuh.

Aku kesal,
Aku terpaksa meneruskan berjalan dengan rasa sakit,
Aku kuatkan semangatku,
supaya kesakitanku hilang,
Dapat kurawat dengan kegembiraan.

Aku akan meneruskan perjalananku,
Lukaku akan ku simpan,
Biarkan berparut supaya pabila aku ternampak lukaku,
Aku akan lebih berhati-hati,
Supaya tiada penyesalan seperti ini lagi,
Dan lukaku akan ku jadikan sebagai tanda PEMBELAJARANKU.



Saturday, March 26, 2011

Takut...

Kadangkala hidup memang begitu. Kita pasti akan mengalami ketakutan dalam tahap maksima atau minima. Ketakutan akan datang dengan sendirinya jika kita tahu sesuatu perkara kita tidak dapat melawan. Ketakutan akan muncul apabila sang Besar menakutkan sang Kecil. Sang Besar juga akan ketakutan jika sang lebih Berkuasa cuba menakutkannya. Itulah kehidupan. Yang pasti akan muncul ketakutan.

Tatkala ada yang keseronokan. Ada yang ketakutann. Tatkala ada yang gelak ketawa. Ada yang menangis teresak-esak. Tatkala ada yang kesunyian, ada yang berteman. Tatkala ada yang melakukan, ada yang memberontak. Tatkala ada yang ketenangan, ada yang menderita. Tatkala ada yang kepeningan mahu menu masakan, ada yang tidak mampu membeli walaupun sesuap nasi.


Friday, March 25, 2011

Pagi yang tenang

Perlahan-lahan air hujan membasahi bumi,
Hujan yang tenang di pagi hari,
Dengan udara yang segar.

Hujan seperti rahmat,
Kadangkala ia menyenangkan,
Kadangkala ia merumitkan,
Kadangkala ia mengelam kabutkan.

Hujan tidak dapat dijangka,
Sama seperti hati.

Kadangkala hati menyenangkan diri,
Kadangkala ia merumitkan diri,
Kadangkala ia mengelam kabutkan.

Semua orang suka akan ketenangannya,
Sama seperti ritikan hujan yang tenang.
Tetapi hujan yang tenang itu tidak akan berkekalan,
Sama seperti hati yang tenang.

Kita patut menikmati ketenangan hujan yang sementara ini,
Sebelum datangnya sang panas.
Sama seperti ketenangan hati,
Sebelum datangnya sang serabut.


Thursday, March 24, 2011

Pengajar memandu

Kisah seorang pengajar di sekolah memandu....

Aku suka apabila semua orang mahu berkongsi apa yang ada. Begitu juga dengan pengajar-pengajar si sekolah memandu. Terutama pengajar memandu kereta. Niat mereka memang baik. Kerja mereka memang baik. Tetapi!!!!

Aku cukup kasihan dengan pelajar-pelajar wanita. Kebanyakan penagajar memandu daripada golongan lelaki. Kebanyakan pengajar lelaki suka mengambil kesempatan semasa  mengajar. Ada yang tangan sengaja diletakkan dekat-dekat dengan wanita. Ada yang letak di bahu. Yang paling ganas ada yang letak di peha wanita.

Kebanyakan wanita dalam situasi tersebut tidak dapat melakukan apa-apa melainkan hanya senyap dan mengikut sahaja apa yang dikatakan oleh pengajar.

Diharap selepas ini pihak sekolah memandu lebih banyak menyediakan pengajar wanita. Tidak semua wanita berasa selesa dalam situasi sebegini. Cuba bayangkan kalau keluarga anda yang dilakukan sedemikian.......


Tuesday, March 22, 2011

Hukum dunia

YANG KUAT MENGUASAI,
YANG LEMAH DIKORUPSI,

YANG KAYA SEMAKIN KAYA,
YANG MISKIN SEMAKIN MISKIN,

YANG BIJAK DIBODOHI,
YANG BODOH DIBUDAYAKAN.

LIRIK MARJINAL. 
Tinggi kata-kata marjinal dalam liriknya. Inilah sebenarnya hukum dunia dewasa kini sama ada kita sedar ataupun tidak. Kadangkala mata kita ditutup dengan pelbagai propaganda yang mahu mengaburi mata kita. Buka mata, celik hati dan tanya pemikiran mengenai kehidupan kita.

Perjuangan sang opencari ilmu

Jauh perjalanku untuk mendapatkan ilmu,
Aku berharap dengan perjalananku yang jauh dapat ku ubah,
Ubah diriku, keluargaku dan segalanya,
Azam bertekad untuk mengubah segalanya.

Ini juga adalah perjuanganku terbesar,
Aku terpaksa berjauhan dengan semua,
Aku terpaksa meninggalkan kehidupan lamaku,
Aku terpaksa hidup berseorangan ditempat orang.

Tetapi kini,
Apa yang aku dapat,
Aku seperti mensia-siakan perjuanganku,
Pengorbananku seperti tiada apa.

Aku alpa dengan semua perkara,
aku alpa dengan keseronokan,
Aku alpa dengan kesempitan.

Kadang kala,
Jika aku bersemangat untuk mencari ilmu kembali,
Aku mula derita dengan segalanya,
Aku derita dengan kemiskinanku,
Aku derita dengan kehidupanku,
Aku derita dengan kerjaku.

Aku menjadi renggang dengan semua,
Aku terlalu menyibukkan diriku,
Aku hanya dalam kerja harianku,
Aku tidak lagi dapat selalu senyum seperti dahulu.

Kadangkala aku dapat rasakan,
Semangat aku mula sampai kesini sudah hilang,
Tidak seperti dahulu,
Semangat yang seperti lalang,
Yang mudah goyang pabila ditiup angin.

Aku berasa seperti sianya masaku ini,
Aku mahu semangatku kembali,
Aku berharap tiada penghalang lagi selepas ini,
Tiada lagi derita selepas ini.


Kesempitan hidup pencari ilmu

Ramai pelajar di IPTA atau IPTS sekarang menderita dalam kehidupan
seharian mereka. Ada yang tidak cukup makan, kewangan dan pelbagai lagi.
Kebanyakan para pelajar terpaksa meninggalkan keluarga dan berjauhan dengan keluarga
mereka untuk mencari ilmu.

Dewasa kini, ramai pelajar yang ketinggalan didalam kelas kerana kesempitan
hidup mereka. Mereka hanya bermodalkan kewangan dari pinjaman mereka
yang tidak seberapa. Seperti aku juga, aku hanya mendapat RM2500 satu
semester. Jika dibahagikan aku hanya dapat menggunakan RM400 sebulan
itu tidak menolak tambang aku untuk balik kampung iaitu RM70 untuk
suatu perjalanan sahaja.

Dalam pinjaman itu juga aku perlu membayar sewa rumah yang kebiasaannya
mahal. Cuupkah semua kewanganku ini? Ramai pelajar di tempat
pengajianku tidak cukup kewanganku jika hanya mengharapkan kewangan
pinjaman sahaja. Pada penghujung semester,ramai pelajar temasuk aku
terpaksa mengikat perut kerana kewangan yang tidak mencukupi.

Para pelajar bukan sahaja tidak mendapat kewangan yang mencukupi,
malah para pelajar tidak dapat bersenang lenang kerana sistem
yang telah disediakan. Para pelajar diwajibkan hadir ke kelas
dengan paksaan dan melakukan pelbagai kerja yang begitu banyak.

Apa yang aku dapat lihat ialah semua perkara ini hanyalah untuk
melekakan mata pelajar. Para pelajar hanya diberikan fokus
dalam pembelajaran mereka sahaj.

Dewasa kini kita dapat lihat, para pelajar seperti tidak
mengetahui mengenai dunia luar. Mereka diberikan kerja-kerja
yang banyak.

Kononnya supaya para pelajar dapat melakukan kerja-kerja
dan menjadi pelajar yang cerdik pandai. Para pelajar
yang kebiasaannya terlalu sibukkan hal-hal kerja sehingga
tiada masa untuk mengetahui perkara-perkara lain.

Kehidupan para pelajar yang fokus pada pembelajaran mereka
sahaja. Tidak terkejutlah mengapa pelajar yang mendapat
markah yang cemerlang tetapi dalam kehidupan mereka,
mereka gagal. Mereka gagal dalam persahabatan dan segalanya.

Jangan terkejut dengan perkara tersebut. Pelajar yang
tidak mendapat markah cemerlang dalam kelas tetapi mereka
berjaya dalam kehidupan mereka. 'Pelaja-pelajar yang cemerlang'
hanya membaca buku yang terdapat dalam mata pelajaran mereka.
Mereka hanya meminjam buku-buku di perpustaan hanya untuk membuat
tugasan dan segalanya. Berbanding mereka-mereka yang 'tiodak cemerlang'
mereka lagi sanggup menghabiskan kewangan untuk membeli buku ideologi
dan sebagainya. Malah buku yang dibacanya labih banyak berbanding 'pelajar cemerlang'

Hidup 'pelajar tidak cemerlang' tidak hanya tertumpu dalam pelajaran mereka.
Mereka mempunyai kesedaran mengenai dunia luar.


Perpustakaanku

Aku selalu juga pergi ke perpustakaan di tempat pengajianku.
Tujuan aku bukan mendapatkan buku-buku rujukan untuk menyiapkan
tugasan,apatah lagi untuk melihat gadis-gadis hipokrit di
perpustakaan.

Aku selalu juga mencari buku-buku yang berhaluan kiri. Jangan
harap kalau aku jumpa. Memang tiada di perpustakaanku.
Apa yang ada kebanyakannya buku kejuruteraan.

Perpustakaan di tempatku seperti memilih kasih dalam pemberian ilmu.
Hanya mahu pelajar pergi ke perpustakaan hanya untuk menyiapkan
tugasan, bercinta, tempat rehat sementara menunggu kelas. Itu sahaja.

Pihak perpustakaan tidak banyak memberikan buku yang lari dari
pembelajaran. Mungkin mahu melahirkan 'pelajar cemerlang'. Ya.
Cemerlang dalam kelas, gagal dalam kehidupan.

Ilmu itu tidak terbatas pada pembelajaran. Malah mencuri itu juga
ilmu samada si pengguna ilmu mahu menggunakan untuk kebaikan atau
keburukan. Sikap pilih kasih dalam pemberian ilmu juga merupakan
suatu masalah dalam kehidupan kita masa kini.

Aku harap selepas ini pihak perpustakaan akan mendapatkan lebih
banyak buku-buku yang lari dari pembelajaran. Jika perkara ini
terjadi. Oh! Perpustakaan akan menjadi rumah kedua ku.



Sunday, March 13, 2011

Si besar dan Si kecil

Bila si kecil mendiamkan diri,
Si besar akan ketawa terbahak-bahak,
Si besar akan menjeling si kecil dengan bengis,
Si besar akan menolak menggunakn kakinya.

Bila si kecil menangis,
Si besar hanya membiarkannya,
Si besar akan keriangan,
Si besar tidak akan memperdulikannya.

Bila si kecil ketawa,
Si besar akanmemarahinya,
Si besar akan cuba untuk menghentikan tawanya,
Si besar tidak membenarkannya terus berketawa.

Bila si kecil marah,
Si besar akan berketawa terbahak sehingga terbaring,
Si besar tidak mempedulikannya,
Si besar suka akan kemarahannya kerana si besar tahu dia tidak mampu mmelawan.

Bila si kecil terus menahan, berfikir dan melawan,
Si besar akan terkuntang kanting menepis,
Si besar akan ketakutan dengannya,
Si besar akan menjadi si kecil dan si besar akan menjadi si besar.



Saturday, March 12, 2011

Maafkan kami bumi



Marahkah bumi kepada manusia,
Marah yang sekian lama terpendam,
Marah akan kekejaman manusia kepada bumi,
Marah kepada manusia yang kejam kepada makhluknya sendiri,
Marah kepada manusia yang sanggup melakukan apa sahaja kepada manusia untuk kepentingan sendiri.

Bumi,
Marahkah dikau kepada kami,
Kami yang selalu menyalahgunakan kau,
Hanya untuk kepentingan kami sendiri,

Sudah tiba masanya kau menunjukkan kemarahan kau,
Bencana alam yang terjadi akibat kegilaan manusia,
Manusia yang tidak pernah menghargai apa yang ada,
Yang mahu mencari sesuatu yang lebih,lebih,lebih,
Sehinggakan tidak dapat berfikir dengan waras.

Maafkan kami bumi,
Kami bersalah keatasmu,
Kami tidak menjagamu dengan baik,
Kami terlalu mengikutkan nafsu tanpa pemikiran,
Kami alpa,
Kami leka.

Kemarahanmu membuatkan ramai yang sengsara,
Kami amat memerlukan belas kasihmu,
Walaupun kami selalu tidak mengenal erti belas kasih keatasmu,

MAAFKAN KAMI BUMI....



Aku diserang penyakit merbahaya 2

Aku dilanda penyakit malas,
Penyakit yang telah lama bersarang dijiwa ku,
Penyakit ini lebih berbahaya berbanding penyakit-penyakit yang lain.

Akibat penyakit ini aku kelaparan,
Akibat penyakit ini aku masih begini,
Akibat penyakit ini aku rasa kebosanan dalam kehidupan,
Akibat penyakit ini aku hanya melakukan rutin harian yang sama,
Akibat penyakit ini aku hanya mahu melakukan sesuatu perkara yang mendapat keuntungan keatas ku sahaja,
Akibat penyakit ini aku hanya berada di takuk lama,
Akibat penyakit ini aku tidak berani melakukan apa-apa pun,
Akibat penyakit ini aku mahu sesuatu perkara yang mudah sahaja,
Akibat penyakit ini aku mahu semua memberi perhatian kepada ku,
Akibat penyakit ini aku menagih simpati,
Akibat penyakit ini aku menganggap semua perkara remeh,
Akibat penyakit ini aku dan kau hanya sama.

Lawan kepada penyakit ini adalah rajin,
Rajin akan mengubah segala-galanya dalam kehidupanku.

Apakan daya aku malas untuk membuang penyakit ini.


Hidup si Gula-gula getah

Aku seperti gula-gula getah,
Yang hanya akan dibeli dikedai-kedai,
Yang dibalut dengan cantik,
Yang di masukkan dala mulut dengan lembut,
Yang dikunyah dengan enak,
Diperlukan untuk menyegarkan mulut si bau.

Apabila rasaku hilang,
Aku diludah merata tempat,
Sehinggakan tiada siapa mahu mendekatiku,
Aku akan dialihkan menggunakan sesuatu,
Aku dipandang hina seperti tahi.

Ada yang meludahku merata,
Tiada yang mempedulikanku,
Ada yang menyelitkanku di celah-celah,
Jika aku melekat dimana-mana,
Aku akan dimaki hamun,
Dicuci sehinggakan bersih.

Apakan daya,
Aku hanya seperti gula-gula getah,
Hanya diperlukan untuk pemanis mulut sahaja,
Bukan untuk membuat sipemakan kenyang,
Apatah lagi pemberi khasiat kepada sipemakan.

Dibuang merata,
Dihina,
Dimaki,
Seperti tahi setelah hilang rasa.





Friday, March 11, 2011

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA - 8 MAC

Si dia yang perlu disayangi,
Si dia yang perlu dicintai,
Si dia yang perlu dijagai,
Si dia yang perlu dibelai,

Si dia yang perlu diberi peluang untuk bersama bangun,
Si dia yang bukan lagi kaum lemah,
Si dia yang merupakan juga seorang insan.

Si dia yang saling melengkapi kehidupan kita,
Si dia yang tidak mempunyai tenaga yang kuat tetapi juga mempunyai pemikiran,
Si dia yang bukan dicipta untuk di tindas.

Si dia yang juga boleh berjaya,
Si dia yang melahirkan kita di dunia,
Si dia yang membuatku mengenal erti kasih sayang dan cinta.

Itulah dia wanita....
Wanita yang sepatutnya dilindungi lelaki,
Wanita yang sepatutnya yang boleh berdiri sama taraf dengan lelaki,
Wanita yang sepatutnya dilayan seperti manusia bukan hamba dirumah.

Sayangilah wanita,

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA - 8 MAC




Manusia format.....

Aku bukanlah seperti robot,
Robot yang dicipta oleh mereka,
Robot yang mereka ciptakan untuk kepentingan mereka,
Robot yang telah disetkan segalanya,
Robot yang telah disetkan pemikirannya,
Robot yang telah dikawal pergerakannya,
Robot yang ditipu sejarah penciptaanya,

Aku adalah manusia,
Yang tahu berfikir yang mana salah dan yang mana tidak,
Yang mana sahih dan yang mana palsu,
Yang tahu akan membuat aku menderita dan tidak,
Yang tahu pemikiran ciptaan atau tidak.

Kau adalah manusia,
Manusia kejam yang pandai mereka cerita,
Yang kononnya menganggap semua adalah robot,
Yang sanggup melihat semua sengsara demi keuntungan kau,
Yang mahu semua dengar propaganda kau.

Kita adalah manusia,
Yang patut sedar bahawa kita seperti robot,
Yang ada penghalang kita melakukan segalanya,
Yang ada menformat pemikiran kita,
Yang tidak sanggup melihat kesengsaraan,
Dan kita harus bangkit.


    

Thursday, March 10, 2011

Kita dan Mereka

Mereka disana...







Kita disini....





kerana duit

Oh dimana mahu cari duit?
Pentingnya duit untuk kehidupan hari ini,
Kertas yang hanya mempunyai beberapa not,
Yang manusia anggap sangat berharga?

Kerana duit semua perkara bergerak,
Kerana duit semua dapat memiliki apa yang dimahukan,
Kerana duit semua keseronokan dimiliki,
Kerana duit semua kebuncitan,
Kerana duit semuaboleh melompat gembira.

Dan jangan lupa!

Kerana duit ada yang tidak mampu bergerak,
Kerana duit ada yang sanggup berbunuhan,
Kerana duit ada yang menjadi lidi akibat kelaparan,
Kerana duit ada yang tumbang kesakitan,
Kerana duit ada yang dipijak,
Kerana duit ada yang menangis kelaparan,kesakitan.

Duit adalah penipuan,
Duit adalah kuasa,
Duit adalah segalanya,
Duit adalah LAMBANG KEANGKUHAN!


untuk semua

Semua hanya pandai cakap sahaja,
Semua hanya pandai tunjuk pandai sahaja,
Semua hanya pandai menjatuhkan usaha seseorang sahaja,
Semua hanya berlagak seperti mengetahui semua perkara,
Semua kononnya mempunyai jati diri yang mulis,
Semua pandai menggunakan ilmu yang ada,
Semua ilmu yang ada digunakan untuk memalukan semua orang,
Semua mahukan yang terbaik.

Sebab apa?

Semua sombong,
BODOH SOMBONG!

Dengan caramu yang begini,
orang hanya melihatmu seperti

INI

Saman...

INI ADALAH POST DARI SEORANG SAHABAT. BUKAN KEPUNYAAN AKU. AKU HANYA MAHU BERKONGSI






Email aku dapat. Aku sendiri tidak membaca lagi. Kalau rajin silakan....

Ketahui Hak Anda Dalam Saman Ekor



Zulhazmi Shariff

Ramai yang masih kabur dan tidak faham hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi Negara. Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agam, kaum, bangsa dan juga fahaman politik. Semua warganegara dijamin hak yang sama.

Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan

Hak terhadap harta.

(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.

(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan. Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat terhadap harta. Alasannya jika seseorang rakyat itu dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya terhadap harta.

Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut.

Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.

Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.

Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.

Berbalik kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman sehingga hari ini 28/2/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, ADAKAH SESEORANG ITU BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB MEMBAYAR DENDA?

Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap saman itu. Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap suapaya OKS hadir mahkamah. Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga samann itu. Tidak tertunggak.

Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.

Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenalai dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawap tuduhan memandu melebihi hadlaju. Kemudian proses mahkamah yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku. Maka saman itu akan selesai dan tidak tertunggak. Masalah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan. Kompaun bukan denda tetapi tawaran. Dendan hanya boleh dikeluarkan dan diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan bukan JPJ. Inilah penyalahgunaan kuasa dan peraturan oleh pihak berkuasa. Mereka bertindak melebihi kuasa yang diberikan. Mereka bertindak sebagai penghukum sedangkan tugas itu hanya ada pada Mahkamah.

Justeru kepada semua rakyat Malaysia, ketahui hak anda, jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan penindasan. Gunakan hak anda… TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya.

Bagaimana JPJ boleh menhalang pembaharuan cukai jalan?

1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.

Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?

2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman. Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahakamh atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI

3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?

Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh:

a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang.

b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.

c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.

Zulhazmi Shariff ialah Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE)

Tuesday, March 8, 2011

Bebas?

Berasa bebas di negara merdeka ini?  Bebas dari segi mana?


Aku sendiri tidak dapat merasakan bebas dalam kehidupan seharianku. Terutama dalam pembelajaranku. Aku telah dipaksa dalam segala-galanya. Aku sentiasa dipaksa untuk melakukan segalanya? Aku mengada-ngada? Terpulang pada kalian untuk mengatakannya. Ini adalah suaraku. Suaruku yang selalu disekat. Disekat untuk berbicara.

Dalam proses pembelajaranku, aku dipaksa untuk pelbagai cara. Dari segi pemakaian, fesyen rambut, memandu kenderaan dan segalanya. 

Aku juga dipaksa untuk menduduki pembelajaran dalam English. Aku dipaksa. Katanya ini adalah bahasa dunia. Baginya nampak kehebatan dari kefahaman adalah lebih penting dalam pembelajaran. Masyarakat Jepun contohnya, mereka tidak terlalu pentingkan pembelajaran dalam English, mereka lebih mementingkan kefahaman kepada pelajar.  Hasilnya? Ramai dari mereka melahirkan golongan intelektual.

Mungkin aku terlalu bodoh dalam English sehinggakan aku ketinggalan jauh. 

Apabila bersuara mereka dengan angkuhnya mengatakan aku ini seorang yang kurang ajar dan mengenakan tindakan yang kurang wajar.

Samada aku terima atau tidak, Aku hidup du negara yang merdeka.


Pandai?

Besar makna pandai. Pandai? Bijak? Cerdik? Semua mempunyai maksud yang sama.

Cuma masyarakat kita ini sebenarnya hanya mengatakan pandai adalah setelah seseorang itu mempunyai sebuah sarjana yang berupa sijil. Bagaimana dengan orang yang tidak mempunyai apa-apa sijil? Adakah mereka bodoh?

Maaf! Di dunia ini semua manusia adalah PANDAI. Sebab apa? Sebab semua manusia saling memerlukan antara satu sama lain. Jika semua masyarakat sombong dan pandai. Semua perkara tidak akan berjaya di dalam dunia ini.


Berjaya?

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan berjaya dalam kehidupan yang sebenarnya?
Ada yang mengatakan berjaya itu adalah setelah mempunyai harta yang banyak. Ada yang mengatakan Berjaya adalah setelah tamat pengajian dimana-mana IPTA atau IPTS.

Apakah itu semua sebenarnya kejayaan dalam kehidupan?
Pelbagai sebenarnya yang di maksudkan berjaya. Berjaya secara jujurnya adalah perasaan puas setelah sesuatu yang di kehendaki telah dikecapi.

Semua orang mempunyai hak untuk berjaya. Bergantung apa yang dimahukan untuk berjaya. Kepuasan yang penting dalam kehidupan. Kepuasan bersama semua.

Dimana duniaku?

Aku seperti terperap di dalam dunia rekaanku,
Seperti ada yang mengianayaiku,
Dunia rekaanku hanya rekaan sahaja,
Rekaan hanya dari anganku,
Aku hanya berangan untuk mempunyai angan,
Berharap untuk mempunyai harapan,
Berilusi untuk mendapatkan ilusi,
Bermimpi untuk mendapatkan mimpi.

Kesengsaraan manusia tidak bersalah di dunia realiti,
Manusia yang tidak termampu untuk melawan,
Untuk berkata, 
Untuk bijaksana,
Untuk hidup....

Aku masih terangan di dunia ku,
Hanya mementingkan dunia fantasi rekaanku,
Hakikatnya?
Hanya kesedihan,
Kesedihan untuk semua.....