BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, May 31, 2011

naik tangga....

Tarif elektrik naik, 
bila tarif elektrik naik, 
kos pengeluaran akan naik, 
bila kos pengeluaran naik, 
harga barang akan naik, 
bila harga barang akan naik, 
kelas pekerja terpaksa berkerah untuk menampung kos kehidupan, 
bila pekerja lebih bekerja, 
produksi akan menjadi lebih lagi, 
bila produksi menaik...
ekonomi kerajaan akan menaik......
haisshhhhhh..propaganda...

Sunday, May 29, 2011

Lesen Dan Saman.....

29 Mei 2011. Jam 9.40 AM. Adalah waktu tragedi yang menyayat hati sewaktu aku hendak pergi ke kelas. Sedang asyik aku memandu kenderaan Honda Accord yang ku pinjam dari rakan serumah ku. Aku ditahan oleh seseorang yang berbaju biru.

"Shit!" Kata hatiku. Aku ditahan seorang yang bekerjaya sebagai pekerja Jabatan Pengangkutan dan Jalanraya. Dia mengenakan uniform berwarna biru. Didalam fikiranku waktu ditahan hanyalah mana nak kaut duit.

Selesai proses pemeriksaan ke atasku dan kenderaan yang ku pandu. Aku mendapat surat yang tidak disukai mesyarakat akan tetapi dicintai kerajaan iaitu surat saman.

Aku disaman dengan tanpa belas kasihan. Dengan kesalahan TIADA LESEN MEMANDU. Ini adalah saman yang ku terima kali ketiga dalam hidupku dengan kesalahan yang sama.

Pegawai JPJ yang menyaman aku selalu membuat lawak yang aku senyum tanda lawaknya tidak lawak. Katanya begini " dah tau tak nak kena saman, buatlah lesen". Lawak yang tidak kelakar.

Aku bukannya tidak mahu membuat lesen memandu, tetapi apakan daya. Aku seorang pelajar. Yang tiada pendapatan. Hanya mengharapkan pinjaman yang kuterima yang dikira masih tidak mencukupi keperluan kehidupanku. Membuat lesen bukan bermodalkan kecil. Malah beratus ringgit yang memberatkan kepada golongan-golongan kelas bawahan seperti aku ini. Dulu sering kali aku menyimpan wang untuk membuat lesen memandu kerana tidak mahu menghabiskan wang aku hanya kerana membayar saman. Apakan daya, duit yang aku simpan untuk membuat lesen memandu terpaksa aku habiskan untuk membayar saman.

Dengarkan isi hati aku ini KERAJAAN. Kau terlalu kejam. Kau menindas hidup kami yang berada di kelas bawahan ini!

Monday, May 23, 2011

Hitamnya dunia...

Hitamnya dunia dengan kemodenan,
Yang berbunuh,
Yang berbangga,
Dan yang angkuh.

Hitamnya dunia dengan harta,
Yang menindas,
Yang berputar,
Dan yang jelek.

Hitamnya dunia dengan nama,
Yang menipu,
Yang berdosa,
Dan yang menjilat.

Budget pinjaman.....

Bohong kalau aku katakan aku tidak meminati barangan yang cantik dan berkualiti. Tetapi bagaimana pula yang melampaui batas sehinggakan sanggup membeli pakaian berjenama sehingga menghabiskan duit?

Perkara ini menjadi masalah kepada ramai pelajar-pelajar di IPTA dan IPTS yang baru sahaja pandai memegang wang ringgit. Mereka kebanyakan terlalu taksub dan memikirkan bahawa wang ringgit yang mereka yang dapat hasil pinjaman sangat besar.

Tidak mengapa kalau mereka darin keluarga yang berkewangan. Bagaimana pula dengan mereka yang lahir dari golongan yang tidak berwang? Kebanyakan pelajar dari golongan seperti ini yang alpa dengan wang ringgit pinjaman mereka.

Sering kali jika dilihat sewaktu mendapat pinjaman, pasaraya-pasaraya besar yang menjual pakaian berjenama dipenuhi para pelajar. Ada yang hanya berjalan-jalan, ada yang hanya mahu melihat gadis, dan tidak terlupa kepada mereka yang mencari pakaian serta pelbagai lagi barangan diri yang baru serta mewah.

Mereka sanggup menghabiskan wang ringgit mereka untuk hidup mewah. Ada yang kononnya malu dengan memakai pakaian murah, ada yang kononnya mahu berlagak dengan dunia fantasinya. Untuk apa ini semua? Untuk mendapat pandangan yang mulia?

Kebiasaan mereka seperti ini akan kekurangan sumber kewangan pada hujung semester kerana pinjaman yang dapat telah habis dengan membeli barangan duniawinya. Apabila ada rakan yang menegur, sudah semestinya mereka akan berkata bahawa rakan-rakan cemburu dengan pakaian jenamanya. Apabila sudah penghujung semester, bila kawan semua tidak mahu membantunya yang kekurangan wang ringgit untuk makan, dia berkata bahawa kawan tidak akan datang apabila dia susah.

Siapa yang bodoh dalam perkara ini?

Sedarlah bahawa pinjaman yang diberikan cukup untuk anda hidup jika anda pandai membahagikan wang ringgit anda sebaiknya. Kurangkan dunia fantasi anda hanya kerana mahu pujian dari orang lain. Anda susah kerana pinjaman anda habis berbelanjakan kehidupan mewah anda? Anda bodoh!

Bahana laman sosial.....

Dewasa kini, kehidupan anak muda sudah mula berbeza dari dahulu. Semua hanya mementingkan internet hanya kerana laman sosial. Seperti kehidupan tiada pelengkap tanpa laman sosial. Mereka mampu duduk di hadapan komputer berjam-jam hanya kerana laman sosial.

Memang pelbagai kebaikan yang kita kecapi dengan internet, tetapi bagaimana pula dengan kejutan budaya laman sosial ini. Sehingga kehidupan hanya di komputer sahaja. Sanggup tidak memperdulikan sesiapa yang ada pada mereka kerana terlalu asyik dengan laman sosial ini.

Pengurangan peggunaan internet ini sepatutnya dibendung kerana kejahatan internet ini. Sehinggakan hanya kerana laman sosial ini ada yang menjadikan rakan sebagai musuh. Itu tidak termasuk dengan penipuan-penipuan yang dilakukan di dalam internet.

Bahana penggunaan laman sosial melampau ini telah menghancurkan erti persahabatan yang ada seperti ruang diskusi meja dan sebagainya. Memang patut dipuji kerana menjadikan laman sosial ini sebagai medium perbincangan daripada yang jauh. Bagaimana dengan erti persahabatan yang sebenar?

Mari kita fikrkan dan sedari bahaya yang datang dari laman sosial serta internet ini. Jangan jadikan diri anda menjadi mangsa semua ini. Ambil dirimu, hindari dan tegah perkara yang membodohkan dirimu.

Di utara

Perkara yang dapat aku pelajari di utara ialah perkataan berubah jadi "aq" seperti ulaq, makanan berubah menjadi tidak sepedas di selatan, banyak warung mamak, rokok daun, nira nipah, laksa penang. Itu semua akan menjadi kenangan hidup di utara.

Monday, May 16, 2011

Guru...

Pelbagai ragam,
Pelbagai cara,
Pelbagai guna.

Manusia yang tidak mengenal erti keletihan,
Yang mahu mengajar,
Dari pelbagai aspek,
Yang mahu menjadi setiap manusia itu manusia.

Walaupun si penerima kadangkala membencinya,
Tetap mahu mengajar,
Mengajar manusia pentingnya sesuatu kebaikan dan keburukan.

Aku akur dengan pengajaran,
Yang mengubah diriku,
Dari pelbagai aspek,
Dari segi penerimaan, pemikiran,
Aku tetap menghormatinya,
Walaupun tua atau muda.

Selamat Hari Guru Kepada semua "Guru-guruku". Tidak hanya yang mengajar disekolah, malah semua yang mengajar aku pelbagai aspek. Terima kasih semua "Guru-guruku".


Malam ini....

Gelapnya malam tanpa cahaya mentari, 
Sunyinya malam kerana manusia merehatkan diri, 
tanpa pengkejar kudrat,
tanpa kapital pengerah dan diktator si kejam. 
Semuanya merehatkan diri di malam hari.

Indahnya waktu ini,
bermataharikan bulan,
Tidak perlu mengeluarkan kudrat kepada diktator,
Hanya ketenangan yang muncul dijiwa.

Segarnya angin malam,
Bersama udara yang sejuk dan berembun,
Tanpa sisa debu penghianat alam,
Kurang pengacauan dari kemodenan membunuh.

hormat menghormati....

Hari ini aku pergi ke kelas seperti biasa. Aku menunggu pensyarah masuk seperti biasa. Sehinggalah jam menunjukkan 45minit selepas kelas bermula. Seperti biasa, cacian keatas pensyarah secara halus tetap dilakukan. Aku pelik kalau kelas dibatalkan, mengapa pensyarah tidak memberitahu dari awal lagi. "Agaknya dia sengaja nak buat hadiah surprise rehat secara mengejut kot" kataku didalam hati untuk menyedapkan hatiku.

Selain itu, kita juga biasa mendengar ayat sebegini, "Hey! kau lebih muda berbanding aku, kau kena hormat aku!". Pelik, mengapa perlu membezakan manusia melalui umur. Bagi aku bukan umur yang menunjukkan kehebatan diri, hati dan pemikiran kita, tetapi pengalaman yang menunjukkan kehebatan kita termasuklah pengalaman dongeng.

Didalam situasi contoh berikut, kita dapati kita lebih dari dahulu lagi di ajar menghormati, tetapi kita jarang diajar untuk menyayangi. Bukankah jika kita saling menghormati dan menyayangi lebih baik. Berbanding hanya menghormati seseorang dengan secara paksaan. Jika lebih menghormati dan menyayangi seseorang, akan lebih ada bermakna dan lebih mengakrabkan antara satu sama lain.


Saturday, May 14, 2011

Nyaringkan suaramu....

Laungkan kata,
Laungkan rasa,

Usah ditutup suara,
Terus melaung,
Untuk jiwa kejujuran.

Usah berkata,
Tutupkan saja,
Untuk kata penghasut durjana.

Usah berkata,
Diamkan saja,
Untuk ketawakan kejahilan manusia 'hebat'.

Usah ditutup suara,
Laungkan azimat,
Supaya 'sang penjaga ketakutan'.
 
Berkata adalah gambaran rasa,
Penangannya seribu jiwa terasa.
 
Ayuh bangun berkata,
Buang kejahilan,
Buang ketakutan,
Kita bangun terus meruntuh tembok kebodohan bersama.


Tuesday, May 10, 2011

Diskriminasi pelajaran....

Baru-baru ini aku ternampak seorang pelajar sekolah rendah yang baru pullang dari sekolah memakai baju bertuliskan "Integrasi Pelajar Bermasalah". Mengapa pelajar tersebut bperlu memakai baju tersebut. Adakah mahu mengasingkan pelajar tersebut atau mengaibkan pelajar tersebut?

Sistem pendidikan kebanyakannya selalu membuat perbezaan pelajar pandai dan pelajar lembab. Mengapa perlu membuat seddemikian? Tidak salah kalau pelajar yang pandai dan lembab duduk belajar bersama. Perkara ini sama seperti yang terjadi keatas diriku. Aku dan beberapa rakanku yang agak ketinggalan dalam pembelajaran telah diasingkan dari pelajar yang kononnya bakal pengharum akademik sekolah.

Di situ terdapatnya diskriminasi terhadap pembelajaran. Golongan yang bermasalah hanya diberi pembelajaran cukup untuk difahami, akan tetapi golongan yang cerdik pandai telah ditatang bagai minyak panas yang penuh. Atas alasan pelajar yang cerdik akan mengharumkan nama sekolah.

Tidak menjadi masalah jika para pelajar dapat belajar bersama. Dengan cara ini dapat melahirkan lebih ramai pelajar yang intelektual bukannya melahirkan pelajar yang pandai terus pandai. Pelajar yang ketinggalan terus ketinggalan.

"HENTIKAN DISKRIMINASI TERHADAP PEMBERIAN PEMBELAJARAN"

Kejamnyaa Ketua.....

Kejamnya ketua......
Sanggup melihat orang bawahnya menderita,
Sanggup menutup telinga jerit pekik orang bawahnya,
Sanggup mentertawakan mereka kesakitan,
Hanya mahukan harta.

Kejamnya ketua.....
Sanggup melihat orang bawahnya bermandikan darah,
Sanggup menghunus senjata,
Sanggup kehilangan maruah,
Hanya mahukan nama.

Kejamnya ketua.....
Sanggup melihat orang bawahnya dipijak,
Sanggup melihat orang bawahnya kehilangan segala,
Sanggup menipu segala,
Hanya mahukan takhta.

Bahasa.....

Bahasa merupakan isyarat untuk seseorang yang menyampaikan sesuatu. Penyampaian hendaklah dapat disampaikan kepada sesiapa yang hendak disampaikan. Bukan perkara yang mudah untuk menyampaikan sesuatu dalam bahasa si pendengar tidak dapat memahami. Mesej yang disampaikan tidak akan dapat disampaikan dengan baik.

Juga isu penggunaan Bahasa Inggeris dalam pembelajaran. Didalam isu ini terdapat pro dan konnya. Ada baik dan ada buruknya.

Pengguanaan Bahasa Inggeris di dalam pembelajaran adalah lebih intelek berbanding Bahasa Melayu. Dengan penggunaan Bahasa Inggeris, para pelajar dapat mencari bahan pembelajaran yang bertaraf antarabangsa. Dengan menggunakan bahasa ini, para pelajar tidak akan tertinggal dalam era pembelajaran dewasa kini dan dapat bersaing dengan antarabangsa.

Kekurangan penggunaan Bahasa Inggeris dalam pembelajaran pula ialah pelajar yang lemah dan tidak biasa menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan seperti para pelajar yang tinggal di luar bandar. Pelajar sebegini akan ketinggalan. Penggunaan Bahasa Inggeris bukanlah perkara yang mudah bagi pelajar sebegini.

Sebagai inisiatifnya, para pelajar hendaklah meneyedari bahawa kepentingan penggunaan Bahasa Inggeris dalam pembelajaran. Jangan jadikan mereka hanya katak di bawah tempurung. Yang hanya gah berbunyi di dalam tempurung. Keluar dari tempurung yang anda duduki. Sedari bahasa ini penting di zaman ini kerana Bahasa Inggeris adalah bahasa lingua franca dunia walaupun asalnya Bahasa Inggeris pada asalnya merupakan bahasa golongan radikal.

Monday, May 9, 2011

Seni???

Seni itu terlampau bebas untuk dihayati. Tetapi akan mendapat pandangan yang berbeza-beza dari pemerhati. Disini lebih aku menceritakan seni bunyian. Tidakk terikat pada muzik sahaja. Menagapa menjadi sebegini? Kerana manusia akan lebih memuji perkara yang disukainya. Ada manusia yang mahu memuji perkara yang tidak disukainya? Itulah manusia yang bersikap diskriminasi terhadap sesuatu. Tidak mahu mengambil sesuatu perkara  yang positif walaupun perkara tersebut dibencinya.

Berbalik kepada cerita mengenai seni bunyi. Malahan bunyian bising dan senyap itu juga seni. Terpulang kepada mereka untuk menghayatinya. Cuba lari dari mendengar seni yang hanya ada pada jiwa abda sahaja. Dengan cara ini anda anda mendapat pengalaman yang berbeza dan keasyikan yang berbeza.

Bukankah itu menyeronokkan anda? Setiap manusia mempunyai pelbagai jiwanya dalam dirinya. Adakah anda hanya mempunyai jiwa ganas semata-mata daam diri anda? Tentu tidak bukan? Percaya dan cubalah. Jangan Mendiskriminasikan jiwa anda dan jangan membohongi diri anda semata-mata mahu masyarakat malihat anda yang terbaik.


Friday, May 6, 2011

Siapa wanita itu??

Lahirnya seorang wanita kemuka bumi ini,
Yang menyebabkan kelahiran kita di muka bumi ini,
Yang menjaga dan memerlihara dengan penuh kasih sayang,
Yang memastikan keperluan kehidupan mencukupi walaupun terpaksa membanting tulang,
Yang tidak mengenal erti penat lelah membesarkan kita.

Seorang wanita yang patut dihormati dan dikasihi,
Walaupun kadangkala terkasar bahasa,
Ampuni darah muda ini.

Situa yang kulihat semakin hario kedutnya semakin banyak,
Semakin banyak pengorbanannya kepadaku,
Walaupun mulutku berat hendak mengucapkan terima kasih atas jasa yang tidak ternilai,
Aku tetap bersyukur kerana masih mempunyai ibu yang cukup cekal.

Hanya seorang sahaja wanita yang sepatutnya kta paling sayangi,
Hanya seorang sahaja wanita yang menyebabkan kita hidup didunia ini,
Hanya seorang sahaja yang bernama IBU.

Terima kasih IBU,
Jasamu tetap ku kenang hingga ke akhir hayat.

SELAMAT HARI IBU
( 07 MEI )


Islam pada apa??

Menjadi suatu fenomena pada masa kini. Ramai yang hanya islam hanya pada nama. Disini aku tidak memaksudkan seorang islam yang tidak melakukan rukun islam atau iman. Mungkin itu lebih menunjukkan kurang pendedahan mengenai rukun iman dan islam.

Islam adalah suatu agama yang lemah lembut dan berbudi pekerti. Pelik jika diperhatikan dewasa kini. Ramai yang Islamnya hanya pada luaran. Mengapa dikatakan begitu. Sebagai contoh, aku sering kali melihat gelagat-gelagat seorang wanita yang bertudung labuh dan menutup aurat tetapi apabila ternampak wanita yang tidak menutup aurat, mereka akan serta merta mengeluarkan kata-kata caci maki.

Contoh kedua pula ialah apabila seseorang ternampak seseorang mengutuk islam, mereka serta merta akan memaki orang tersebut. Islam mengajar kita kepada kekasaran? Tidak bagiku. Nabi Muhammad S.A.W. sendiri menyebarkan agama Islam dengan kelembutan walaupun dirinya dihina sehingga dibaling dengan najis.

Contohi peribadi Nabi Muhammad S.A.W. Jangan mudah melenting. Orang lain yang melihat keadaan sebegini tidak akan memuji islam malah memerli dengan lebih lagi. Tunjuk kepada mereka keindahan islam, tunjukkan bahawa agama islam adalah agama kelembutan bukan kekasaran.

Islam Bukanlah Terroris