BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, May 23, 2011

Budget pinjaman.....

Bohong kalau aku katakan aku tidak meminati barangan yang cantik dan berkualiti. Tetapi bagaimana pula yang melampaui batas sehinggakan sanggup membeli pakaian berjenama sehingga menghabiskan duit?

Perkara ini menjadi masalah kepada ramai pelajar-pelajar di IPTA dan IPTS yang baru sahaja pandai memegang wang ringgit. Mereka kebanyakan terlalu taksub dan memikirkan bahawa wang ringgit yang mereka yang dapat hasil pinjaman sangat besar.

Tidak mengapa kalau mereka darin keluarga yang berkewangan. Bagaimana pula dengan mereka yang lahir dari golongan yang tidak berwang? Kebanyakan pelajar dari golongan seperti ini yang alpa dengan wang ringgit pinjaman mereka.

Sering kali jika dilihat sewaktu mendapat pinjaman, pasaraya-pasaraya besar yang menjual pakaian berjenama dipenuhi para pelajar. Ada yang hanya berjalan-jalan, ada yang hanya mahu melihat gadis, dan tidak terlupa kepada mereka yang mencari pakaian serta pelbagai lagi barangan diri yang baru serta mewah.

Mereka sanggup menghabiskan wang ringgit mereka untuk hidup mewah. Ada yang kononnya malu dengan memakai pakaian murah, ada yang kononnya mahu berlagak dengan dunia fantasinya. Untuk apa ini semua? Untuk mendapat pandangan yang mulia?

Kebiasaan mereka seperti ini akan kekurangan sumber kewangan pada hujung semester kerana pinjaman yang dapat telah habis dengan membeli barangan duniawinya. Apabila ada rakan yang menegur, sudah semestinya mereka akan berkata bahawa rakan-rakan cemburu dengan pakaian jenamanya. Apabila sudah penghujung semester, bila kawan semua tidak mahu membantunya yang kekurangan wang ringgit untuk makan, dia berkata bahawa kawan tidak akan datang apabila dia susah.

Siapa yang bodoh dalam perkara ini?

Sedarlah bahawa pinjaman yang diberikan cukup untuk anda hidup jika anda pandai membahagikan wang ringgit anda sebaiknya. Kurangkan dunia fantasi anda hanya kerana mahu pujian dari orang lain. Anda susah kerana pinjaman anda habis berbelanjakan kehidupan mewah anda? Anda bodoh!

0 comments: