BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, April 18, 2011

Marilah mari....Mari mengundi.......

Mengundi untuk tempat yang berdemokrasi. Itu yang dikatakan. Bagaimana dengan dipaksa mengundi?

Ini yang terjadi di tempat pengajianku, yang dipasksa mengundi. Jika anda tidak mengundi, anda tidak dibenarkan keluar dari pintu keluar. Ini adalah soal MARUAH ( katanya ).

Tersebutlah kisahnya begini....

Suatu hari apabila kelas sudah tamat. Aku dan rakanku keseronokan mahu pulang ke rumah sewa kami yang kami bayar cukup setiap bulan dan bersaiz banglo moden. Sambil berlari kami menuju tempat meletak kereta ( motor diletakkan di tempat yang sama), hanya bayanngan nasi kedai mak, air teh o ais, kipas, bantal dan tilam. Kami dengan terkejar-kejar menghidupkan enjin motosikal kami.

Sewaktu kami memintas di pondok "guard", secara tiba-tiba lamunan kami terhenti dengan suara " Ni ang dah undi belum?". "Shit!" kata hatiku. Aku bertanya undi apa. Dia mengatakan semua pelajar perlu mengundi untuk pemilihan Perwakilan Pelajar.

Aku baru sahaja teringat, di tempat pengajianku. Sudah seminggu sudah ditampal gambar seakan ahli politik yang mengih undi simpati. Semua gambar yang ditampal adalah muka yang aku tidak kenali atau aku sahaja tidak mengambil peduli.

Setelah sampainya kami didewan,aku diberikan kertas untuk memangkah. Sewaktu hendak memangkah, aku berkata " muke sape ni? tak kenal pon." Aku pun meneruskan undi aku. Siapa yang aku undi? Rahsia.

Kemudian aku dibenarkan pulang, aku tertanya-tanya sewaktu pulang. Mengapa aku dipaksa mengundi, dan sewaktu aku mahu menabur jati ( mengundi ), mengapa aku tidak mengenali sesiapa pun yang ada di dalam kertas mengundi. Persoalan aku tidak dijawap.

Jika wujudnya Perwakilan Pelajar, mengapa aku langsung tidak nampak segala usahanya mengenai pelajar. Usahanya hanya perlu menampal gambar diri sendiri di merata tempat dengan niat semua ahli politik menang undi dengan melakukan cara tersebut. Tatapi mereka ada melakukan aksi bercerita dongeng dengan semua orang untuk menagih undi. Yang ini tidak menampakkan langsung. selepas pilihanraya, gayanya sama seperti ahli politik. Hanya diam dan bersahaja dengan jawatan yang ada sekarang.

Aku pelik dan kebingungan. " Demokrasikah jika dipaksa mengundi? "


Thursday, April 14, 2011

Kaumku

Kaumku,
Hanya sebuah kaum yang pandai berkata.

Kaumku,
Hanya mengamalkan tradisi kedai kopi sahaja.

Kaumku,
Hanya mahu dibelai dan di manja sahaja.

Kaumku,
Hanya pandai membodek sahaja.

Kaumku,
Hanya kuat apabila ramai sahaja.

Kaumku,
Hanya di dalam belengu kisah jiran sahaja.

Kaumku,
Hanya mempunyai minda kelas ketiga sahaja.

Kaumku,
Hanya manis bicara sahaja.

Kaumku,
Hanya berbanggakan kekuatan kaum keturunan dahulu sahaja.

Kaumku,
Hanya berpusing di paksi yang sama sahaja.

Kaumku,
Hanya mudah diracuni mindanya sahaja.

Kaumku,
Hanya berkata mahu bangkit dan melawan sahaja.

Kaumku,
Hanya mahu kehidupan berpuak-puak sahaja.

Kaumku,
Hanya tinggal nama.

Aku Hanya Seekor Parasit...

Aku hanyalah seekor parasit,
Yang hanya tahu menumpang,
Menumpang untuk makan,
Menumpang untuk menuju ke destinasiku.

Aku hanya seekor parasit,
Hanya dapat mengisi perutku,
Hanya dapat berasa kenyang,
Apabila badan yang menumpangkanku mencari makanan.

Aku hanya seekor parasit,
Hanya dapat melihat permandangan lain,
Hanya dapat mengisi duniaku,
Apabila badan yang menumpangkanku bergerak.

Aku hanya seekor parasit,
Hanya dapat melelapkan mataku,
Hanya dapat beristirehat,
Apabila badan yang menumpangkanku berhenti.

Aku hanya seekor parasit,
Hanya dapat melihat senyuman manusia,
Hanya dapat melihat gelak tawa manusia,
Apabila badan yang menumpangkanku berkawan.

Aku hanya seekor parasit,
Hanya dapat mengisi masa lapangku,
Hanya dapat merasai keseronokan,
Apabila badan yang menumpangkanku berseronok.

Aku hanya seekor parasit,
Hanya mampu berserah,
Hanya hidup menumpang,
Apabila badan yang menumpangkanku mengizinkan.

Aku hanya seekor parasit,
Hanya mensiakan badan yang ku tumpang,
Hanya membebankan badan yang ku tumpang,
Apabila badan yang menumpangkanku bersuara.

Aku hanya seekor parasit,
Terbiar,
Kotor,
Jijik,
Membebankan,
Menyusahkan,
Miskin,
Tidak berkemampuan,
Dihina,
Dicaci,
Dan dibuang.


Gangguan.....

Bercelapak aku berjalan untuk mengisi perutku yang berbunyi,
Aku meneruskan perjalanan kakiku walaupun ada segelintir manusia menggelakkan,
Dengan ego menggelakkanku keatas kemodenan yang dimiliki,
Hanya mempunyai sebuah alat moden yang membolehkan mereka bergerak,
Akan tetapi memerlukan bantuan sumber petrol yang semakin hari semakin mahal.

Bercelapak aku berlari apabila mendengar bunyi ngauman si anjing gila,
Yang lain masih lagi mentertawakan diriku,
Aku hanya mempersetankan gelak tawanya,
Bagiku cukup sudah aku tidak menyusahkan mereka.

Aku hanya insan yang hidup keseorangan di negeri orang,
Walaupun mempunyai jenis kaum yang sama,
Tetapi aku masih kurang mengerti kehidupan disini.

Pabila matahari melabuhkan sinarnya,
Aku mula berasa kesunyian,
Kesunyian di sebuah rumah yang dudukku keseorangan,
Mujurlah ada teknologi yang membolehkan aku berhubung.

Pabila perutku berbunyi,
Aku hanya boleh merintih seorang diri,
Hanya menahankan sahaja,
Terbit sinarku pabila ada manusia yang masih bergelar kawan datang membantu.

Pabila tengah malam,
Aku masih lagi kesunyian,
Aku cuba melelapkan mataku,
Tidak berjaya.

Aku hanya merenung keatas bumbung,
Dan terus merenung,
Terdengar bunyian nyalakan anjing yang menaikkan bulu romaku,
Aku mempersetankan bunyian itu,
Gangguanku tidak terhenti hanya pada itu,
Aku terdengar pelbagai bunyian di dapurku,
Cukup seram bunyian itu.

Aku mempersetankan dan cuba melelapkan mataku,
Hampir sampai waktu aku melayari mimpi,
Lampu bilikku mengganas,
Secara tiba sahaja lampu tersebut terus hidup dan mati sendiri,
Aku tidak mengerti apa yang terjadi,
Aku hanya bersembunyi di dalam selimutku.

Lama kelamaan gangguan yang aku alami mengganggu emosiku,
Aku mencapai peraltan moden yang menghubungkan aku dengan pelbagai manusia,
Aku menaip pesanan ringkas untuk meminta bantuan.

Malng bagiku,
Tiada siapa mempedulikan pesanan ringkasku,
Hanya seorang sahaja yang bergelar rakan mempedulikan,
Dia mengambilku dan melarikan aku dari terus diselubungi gangguan setan.

Terima kasih keatas sesiapa yang bergelar RAKANKU.


Wednesday, April 13, 2011

Aku Seorang Perantau....

Aku seorang perantau,
Hanya duduk berdiri seorang sahaja,
Tidak berharap kepada sesiapa sahaja,
Hanya yang ada diriku sahaja.

Aku seorang perantau,
Hanya mengharapkan simpati kepada yang sudi,
Tidak menagih simpati dengan jerit pekik,
Hanya yang ada diriku sahaja.

Aku seorang perantau,
Hanya pada yang usia masih muda,
Tidak cukup matang untuk berdikari,
Hanya yang ada diriku sahaja.

Aku seorang perantau,
Hanya mencuba sesuatu yang baru,
Tidak mudah untuk menempuh dugaan seorang sahaja,
Hanya yang ada diriku sahaja.

Aku seorang perantau,
Hanya datang untuk mencari ilmu,
Tidak sahaja ilmu pebelajaran sahaja yang aku dapati,
Hanya yang ada diriku sahaja.

Aku seorang perantau,
Hanya berbekalkan apa yang ada sahaja yang aku ada,
TIdak cukup dengan kemampuanku,
Hanya yang ada diriku sahaja.

Aku seorang perantau,
Aku lebih mengerti erti hidup sebenar,
Aku lebih mengerti erti persahabatan,
Aku lebih mengerti mengharungi cabaran hidup,
Aku lebih mengerti cara di negeri orang.


Tuesday, April 12, 2011

Bila Aku Bersama Mat.......

Bila aku bersama Mat Rempit,
Aku mendengar kisah-kisah mengenai helmet,
Kisah-kisah mengenai Cikaro.

Bila aku bersama Mat Punk,
Aku mendengar kisah mahu membuat pelbagai revolusi,
Kisah bagaimana mahu menjadi "Pure".

Bila aku bersama Mat Arah Kanan,
Aku mendengar kisah kejahatan arah kiri,
Kisah dongeng masyarakat.

Bila aku bersama Mat Arah Kiri,
Aku mendengar kisah kejahatan arah kanan,
Pembohongan, korupsi, propaganda dan pelbagai lagi.

Bila aku bersama Mat Skinhead,
Aku mendengar kisah untuk bersatu antara semua,
Tapi dalam masa yang sama mengutuk antara satu sama lain.

Bila aku bersama Mat Otai,
Aku mendengar kisah silamnya yang kadangkala menarik,
Kadangkala jemu dengan ego faktor umurnya.

Bila aku bersama Mat Sebaya,
Aku mendengar cerita kisah perkara "Up To Date",
Muzik, pakaian dan pelbagai.

Bila aku bersama Mat Basikal,
Aku mendengar pelbagai kisah untuk mencintai bumi,
Yang kadangkala aku lihat seperti hanya mahu lihat "Cool".

Bila aku bersama Mat Skema,
Aku mendengar hanya kisah pembelajaran,
Yang tiada topik lain yang mahu diperbincangkan.

Bila aku bersama Mat Online,
Aku mendengar kisah awek yang baru diAdd,
Yang kehidupan hanya internet.

Bila aku bersama Mat Kereta,
Aku hanya mendengar mengenai enjin kereta,
Mengenai Autoshow dan Automotif.

BIla aku bersama Mat Gadjet,
Aku hanya mendengar kisah Apple,
Aku hanya mendengar kisah barangan yang mahal sahaja.

Bila aku bersama Mat Muzik,
Aku hanya mendengar kisah muzik yang diminati sahaja,
Dan kisah mengutuk muzik lain.

Bila aku bersama Mat MLM,
Aku hanya mendengar kebaikan barangan jualannya,
Yang mengutuk barangan orang lain.

Aku?
Masih mencari arah,
Mat Cintan,
Mat Yang Membawa Arah Sendiri. 
Aku melepak dengan semua,
Aku dapat pelbagai cerita yang digabungkan,
Tidak terlalu diatas, dibawah, kanan atau kiri.



Saturday, April 9, 2011

Tengah

Aku tidak mahu berada di kanan.
Yang suka membuat cerita dan menanam benih benci,
Aku juga tidak suka berada dikiri,
Yang kadangkala aku menjadi was-was dengan kata-katanya.

Aku lebih suka berada di tengah,
Yang memerhatikan si kanan dan si kiri bergerak,
Yang melihat si kanan dan si kiri bertelagah,

Aku akan terus berada di tengah,
Yang lebih mengadili dengan adil,
Yang cuba mendapatkan yang terbaik,
Yang mengharapkan sesuatu perubahan.

Aku akan terus berada di tengah,
Yang tidak berat disebelah kanan atau kiri,
Yang berharap supaya kanan dan kiri tidak bertelagah,
Yang berharap kanan dan kiri dapat berbincang bersama,
Mengubah bersama dan tidak menjatuhkan bersama.

Aku akan terus berada ditengah,
Supaya ada yang memerhatikan perkara sebenar dari kiri dan kanan,
Mendapatkan siapa pereka cerpen,
Siapa yang tidak jujur.