BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, April 12, 2011

Bila Aku Bersama Mat.......

Bila aku bersama Mat Rempit,
Aku mendengar kisah-kisah mengenai helmet,
Kisah-kisah mengenai Cikaro.

Bila aku bersama Mat Punk,
Aku mendengar kisah mahu membuat pelbagai revolusi,
Kisah bagaimana mahu menjadi "Pure".

Bila aku bersama Mat Arah Kanan,
Aku mendengar kisah kejahatan arah kiri,
Kisah dongeng masyarakat.

Bila aku bersama Mat Arah Kiri,
Aku mendengar kisah kejahatan arah kanan,
Pembohongan, korupsi, propaganda dan pelbagai lagi.

Bila aku bersama Mat Skinhead,
Aku mendengar kisah untuk bersatu antara semua,
Tapi dalam masa yang sama mengutuk antara satu sama lain.

Bila aku bersama Mat Otai,
Aku mendengar kisah silamnya yang kadangkala menarik,
Kadangkala jemu dengan ego faktor umurnya.

Bila aku bersama Mat Sebaya,
Aku mendengar cerita kisah perkara "Up To Date",
Muzik, pakaian dan pelbagai.

Bila aku bersama Mat Basikal,
Aku mendengar pelbagai kisah untuk mencintai bumi,
Yang kadangkala aku lihat seperti hanya mahu lihat "Cool".

Bila aku bersama Mat Skema,
Aku mendengar hanya kisah pembelajaran,
Yang tiada topik lain yang mahu diperbincangkan.

Bila aku bersama Mat Online,
Aku mendengar kisah awek yang baru diAdd,
Yang kehidupan hanya internet.

Bila aku bersama Mat Kereta,
Aku hanya mendengar mengenai enjin kereta,
Mengenai Autoshow dan Automotif.

BIla aku bersama Mat Gadjet,
Aku hanya mendengar kisah Apple,
Aku hanya mendengar kisah barangan yang mahal sahaja.

Bila aku bersama Mat Muzik,
Aku hanya mendengar kisah muzik yang diminati sahaja,
Dan kisah mengutuk muzik lain.

Bila aku bersama Mat MLM,
Aku hanya mendengar kebaikan barangan jualannya,
Yang mengutuk barangan orang lain.

Aku?
Masih mencari arah,
Mat Cintan,
Mat Yang Membawa Arah Sendiri. 
Aku melepak dengan semua,
Aku dapat pelbagai cerita yang digabungkan,
Tidak terlalu diatas, dibawah, kanan atau kiri.



0 comments: