BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, April 18, 2011

Marilah mari....Mari mengundi.......

Mengundi untuk tempat yang berdemokrasi. Itu yang dikatakan. Bagaimana dengan dipaksa mengundi?

Ini yang terjadi di tempat pengajianku, yang dipasksa mengundi. Jika anda tidak mengundi, anda tidak dibenarkan keluar dari pintu keluar. Ini adalah soal MARUAH ( katanya ).

Tersebutlah kisahnya begini....

Suatu hari apabila kelas sudah tamat. Aku dan rakanku keseronokan mahu pulang ke rumah sewa kami yang kami bayar cukup setiap bulan dan bersaiz banglo moden. Sambil berlari kami menuju tempat meletak kereta ( motor diletakkan di tempat yang sama), hanya bayanngan nasi kedai mak, air teh o ais, kipas, bantal dan tilam. Kami dengan terkejar-kejar menghidupkan enjin motosikal kami.

Sewaktu kami memintas di pondok "guard", secara tiba-tiba lamunan kami terhenti dengan suara " Ni ang dah undi belum?". "Shit!" kata hatiku. Aku bertanya undi apa. Dia mengatakan semua pelajar perlu mengundi untuk pemilihan Perwakilan Pelajar.

Aku baru sahaja teringat, di tempat pengajianku. Sudah seminggu sudah ditampal gambar seakan ahli politik yang mengih undi simpati. Semua gambar yang ditampal adalah muka yang aku tidak kenali atau aku sahaja tidak mengambil peduli.

Setelah sampainya kami didewan,aku diberikan kertas untuk memangkah. Sewaktu hendak memangkah, aku berkata " muke sape ni? tak kenal pon." Aku pun meneruskan undi aku. Siapa yang aku undi? Rahsia.

Kemudian aku dibenarkan pulang, aku tertanya-tanya sewaktu pulang. Mengapa aku dipaksa mengundi, dan sewaktu aku mahu menabur jati ( mengundi ), mengapa aku tidak mengenali sesiapa pun yang ada di dalam kertas mengundi. Persoalan aku tidak dijawap.

Jika wujudnya Perwakilan Pelajar, mengapa aku langsung tidak nampak segala usahanya mengenai pelajar. Usahanya hanya perlu menampal gambar diri sendiri di merata tempat dengan niat semua ahli politik menang undi dengan melakukan cara tersebut. Tatapi mereka ada melakukan aksi bercerita dongeng dengan semua orang untuk menagih undi. Yang ini tidak menampakkan langsung. selepas pilihanraya, gayanya sama seperti ahli politik. Hanya diam dan bersahaja dengan jawatan yang ada sekarang.

Aku pelik dan kebingungan. " Demokrasikah jika dipaksa mengundi? "


0 comments: