BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, June 12, 2011

Selamat atau Untung.....

Sudah menjadi lumrah untuk para kontraktor tidak kira kontraktor utama atau pun sub-kon yang mahukan keuntungan dalam membuat sesuatu pembinaan. Banyak perkara yang mahu dipotong, seperti konkrit, besi tetulang dan sebagainya.

Memang selalu dalam pembinaan akan ada kontraktor tidak mengikut pemiawaian yang sepatutnya dikehendaki. Mereka akan membina sesuatu pembinaan mengikut pengalaman mereka. Masalahnya mereka akan mencuri dan mengubah seperti ketebalan konkrit, saiz besi tetulang dan gred konkrit.

Bohong kalau dikatakan sesuatu pembinaan kontraktor tiada langsung keuntungan. Mereka mahu keuntungan yang lebih dari yang sepatutnya mereka dapat. Hal ini sudah menjadi lumrah pembinaan sejak dahulu lagi.

memang pengalaman merupakan pengajar terpenting dalam sesuatu perkara. Masalahnya mereka membina dengan mencuri kegunaan yang sepatutnya. Ketahanan yang sepatutnya tahan lebih lama menjadi lebih singkat. Hal ini terjadi kerana kontraktor yang kononnya membina sesuatu mengikut pengalaman dahulu dan bangunan yang mereka bina tidak runtuh.

Memamng perkara tersebut boleh diikuti, akan tetapi perlu juga mengambil kira beban kenaan yang dikenakan kerana setiap jenis bangunan mempunyai beban kenaan yang berbeza. Selain jenis ketahanan tanah juga berbeza.

Kepada kontraktor diluar sana, berharap sangat perkara sebegini berkurang. Jangan terlalu memikirkan keuntungan yang bakal anda kecapi. Fikirkan ketahanan struktur binaan yang bakal anda bina. Mana tahu kemungkinan suatu hari nanti anda atau aorang rapat anda menjadi mangsa akibat ketamakan anda. Fikirkan...

0 comments: