BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, March 13, 2011

Si besar dan Si kecil

Bila si kecil mendiamkan diri,
Si besar akan ketawa terbahak-bahak,
Si besar akan menjeling si kecil dengan bengis,
Si besar akan menolak menggunakn kakinya.

Bila si kecil menangis,
Si besar hanya membiarkannya,
Si besar akan keriangan,
Si besar tidak akan memperdulikannya.

Bila si kecil ketawa,
Si besar akanmemarahinya,
Si besar akan cuba untuk menghentikan tawanya,
Si besar tidak membenarkannya terus berketawa.

Bila si kecil marah,
Si besar akan berketawa terbahak sehingga terbaring,
Si besar tidak mempedulikannya,
Si besar suka akan kemarahannya kerana si besar tahu dia tidak mampu mmelawan.

Bila si kecil terus menahan, berfikir dan melawan,
Si besar akan terkuntang kanting menepis,
Si besar akan ketakutan dengannya,
Si besar akan menjadi si kecil dan si besar akan menjadi si besar.



Saturday, March 12, 2011

Maafkan kami bumi



Marahkah bumi kepada manusia,
Marah yang sekian lama terpendam,
Marah akan kekejaman manusia kepada bumi,
Marah kepada manusia yang kejam kepada makhluknya sendiri,
Marah kepada manusia yang sanggup melakukan apa sahaja kepada manusia untuk kepentingan sendiri.

Bumi,
Marahkah dikau kepada kami,
Kami yang selalu menyalahgunakan kau,
Hanya untuk kepentingan kami sendiri,

Sudah tiba masanya kau menunjukkan kemarahan kau,
Bencana alam yang terjadi akibat kegilaan manusia,
Manusia yang tidak pernah menghargai apa yang ada,
Yang mahu mencari sesuatu yang lebih,lebih,lebih,
Sehinggakan tidak dapat berfikir dengan waras.

Maafkan kami bumi,
Kami bersalah keatasmu,
Kami tidak menjagamu dengan baik,
Kami terlalu mengikutkan nafsu tanpa pemikiran,
Kami alpa,
Kami leka.

Kemarahanmu membuatkan ramai yang sengsara,
Kami amat memerlukan belas kasihmu,
Walaupun kami selalu tidak mengenal erti belas kasih keatasmu,

MAAFKAN KAMI BUMI....



Aku diserang penyakit merbahaya 2

Aku dilanda penyakit malas,
Penyakit yang telah lama bersarang dijiwa ku,
Penyakit ini lebih berbahaya berbanding penyakit-penyakit yang lain.

Akibat penyakit ini aku kelaparan,
Akibat penyakit ini aku masih begini,
Akibat penyakit ini aku rasa kebosanan dalam kehidupan,
Akibat penyakit ini aku hanya melakukan rutin harian yang sama,
Akibat penyakit ini aku hanya mahu melakukan sesuatu perkara yang mendapat keuntungan keatas ku sahaja,
Akibat penyakit ini aku hanya berada di takuk lama,
Akibat penyakit ini aku tidak berani melakukan apa-apa pun,
Akibat penyakit ini aku mahu sesuatu perkara yang mudah sahaja,
Akibat penyakit ini aku mahu semua memberi perhatian kepada ku,
Akibat penyakit ini aku menagih simpati,
Akibat penyakit ini aku menganggap semua perkara remeh,
Akibat penyakit ini aku dan kau hanya sama.

Lawan kepada penyakit ini adalah rajin,
Rajin akan mengubah segala-galanya dalam kehidupanku.

Apakan daya aku malas untuk membuang penyakit ini.


Hidup si Gula-gula getah

Aku seperti gula-gula getah,
Yang hanya akan dibeli dikedai-kedai,
Yang dibalut dengan cantik,
Yang di masukkan dala mulut dengan lembut,
Yang dikunyah dengan enak,
Diperlukan untuk menyegarkan mulut si bau.

Apabila rasaku hilang,
Aku diludah merata tempat,
Sehinggakan tiada siapa mahu mendekatiku,
Aku akan dialihkan menggunakan sesuatu,
Aku dipandang hina seperti tahi.

Ada yang meludahku merata,
Tiada yang mempedulikanku,
Ada yang menyelitkanku di celah-celah,
Jika aku melekat dimana-mana,
Aku akan dimaki hamun,
Dicuci sehinggakan bersih.

Apakan daya,
Aku hanya seperti gula-gula getah,
Hanya diperlukan untuk pemanis mulut sahaja,
Bukan untuk membuat sipemakan kenyang,
Apatah lagi pemberi khasiat kepada sipemakan.

Dibuang merata,
Dihina,
Dimaki,
Seperti tahi setelah hilang rasa.





Friday, March 11, 2011

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA - 8 MAC

Si dia yang perlu disayangi,
Si dia yang perlu dicintai,
Si dia yang perlu dijagai,
Si dia yang perlu dibelai,

Si dia yang perlu diberi peluang untuk bersama bangun,
Si dia yang bukan lagi kaum lemah,
Si dia yang merupakan juga seorang insan.

Si dia yang saling melengkapi kehidupan kita,
Si dia yang tidak mempunyai tenaga yang kuat tetapi juga mempunyai pemikiran,
Si dia yang bukan dicipta untuk di tindas.

Si dia yang juga boleh berjaya,
Si dia yang melahirkan kita di dunia,
Si dia yang membuatku mengenal erti kasih sayang dan cinta.

Itulah dia wanita....
Wanita yang sepatutnya dilindungi lelaki,
Wanita yang sepatutnya yang boleh berdiri sama taraf dengan lelaki,
Wanita yang sepatutnya dilayan seperti manusia bukan hamba dirumah.

Sayangilah wanita,

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA - 8 MAC




Manusia format.....

Aku bukanlah seperti robot,
Robot yang dicipta oleh mereka,
Robot yang mereka ciptakan untuk kepentingan mereka,
Robot yang telah disetkan segalanya,
Robot yang telah disetkan pemikirannya,
Robot yang telah dikawal pergerakannya,
Robot yang ditipu sejarah penciptaanya,

Aku adalah manusia,
Yang tahu berfikir yang mana salah dan yang mana tidak,
Yang mana sahih dan yang mana palsu,
Yang tahu akan membuat aku menderita dan tidak,
Yang tahu pemikiran ciptaan atau tidak.

Kau adalah manusia,
Manusia kejam yang pandai mereka cerita,
Yang kononnya menganggap semua adalah robot,
Yang sanggup melihat semua sengsara demi keuntungan kau,
Yang mahu semua dengar propaganda kau.

Kita adalah manusia,
Yang patut sedar bahawa kita seperti robot,
Yang ada penghalang kita melakukan segalanya,
Yang ada menformat pemikiran kita,
Yang tidak sanggup melihat kesengsaraan,
Dan kita harus bangkit.


    

Thursday, March 10, 2011

Kita dan Mereka

Mereka disana...







Kita disini....