BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, January 5, 2011

RACISM = SHIT!

Baru-baru berlaku pertempuran skuad malaysia dan indonesia. Aku tak pasti untuk acara
apa. Aku bukan peminta bola sepak tepu. Aku pergi tengok pun pasal nak pergi makan
dan masa yang sama kawan-kawan sibuk sangat nak tengok perlawanan yang dikatakan
begitu sengit ini. Aku dengan hati yang kurang ikhlas pun menemani rakan-rakan ku.
Semasa perlawanan berlangsung, aku tengok ramai la juga yang sokong pasukan Malaysia
sampai nak cari kedai makan pun payah masa tu. Aku tengok ramai juga yang bersorak
umtuk pasukan Malaysia. Mana penyokong Indonesia? Oh yeah..aku terlupa, mestilah
semua menyokong negara sendiri. Kalau tak sokong,akan dituduh tidak ingat asal usul
sendiri dan disuruh buang kad pengenalan diri.


Dalam ramai-ramai penyokong yang turut hadir di kedai makan yang aku lepak sekali tu,
ada juga la yang mulut hebat yang mengutuk-kutuk negara lawan. Adakah perlawanan
bola sepak ini penting sangat sampai sanggup mengutuk negara jiran? Tak habis disitu saja
perkara ini berlanjutan sehinggalah perlawanan tamat. Walhal Malaysia menang malam itu.


Selang beberapa lama kemudian, aku dapat la terabaca beberapa blog dan page yang mengutuk
negara lawan. Manusia jenis apa agaknya mereka-mereka ini. Mereka jenis ini adalah manusia
yang tidak pernah keluar kepompong dan pemikiran yang cetek sahaja melakukan seperti ini.
Sedarlah kawan, bumi kita ini satu. Bukannya kita hidup dengan masyarakat negara kita
sahaja.


Mula-mula aku dapat lihat blog beberapa warga Indonesia mengutuk negara Malaysia. Mengapa
perkara ini terjadi? Mungkinkah kerana pasukan merekakalah ataupun ada perkara lain.
Mungkin juga mereka berasa sakit hati kerana ada rakan-rakan mereka yang bekerja di
Malaysia telah dihina, diseksa oleh majikan mereka di Malaysia? Ya, pelbagai persoalan
telah muncul.


Di Malaysia pula terdapat segelintir yang kononnya sayangkan negara kita melawan balik
apa yang mereka terkena. Mereka menghina negara tersebut. Mereka memandang hina warga
negara tersebut. Sebab apa mereka berbuat begitu? Adakah kerana pasukan Indonesia kalah?
Atau kerana mereka menganggap semua warga nagara tersebut hina? Sebab apa? Ekonomi mereka
lebih perlahan berbanding negara kita? itu sebabnya? Sungguh cetek pemikiran orang yang
melakukannya.


Aku ada juga bertanya kepada sesiapa yang mengutuk negara-negara lain. Aku tanya mereka
kenapa benci negara-negara lain sebegitu rupa. Ada yang menjawap terlalu sayangkan negaralah
melawan balik kerana mereka mengutuk negara kita. Bagus! Sana kutuk, sini kutuk. Sampai
bila pun perkara ini tidak akan terhenti. Ada juga yang mengata warga-warga negara lain
seperti hamba untuk kita. Mereka miskin dan datang mencari kerja di negara kita, mereka
tak boleh hidup tanpa kita. COME ON BRO! Jangan jadi budak-budak. Cubalah buka minda
seluas-luasnya. Jangan EGO dengan apa yang anda ada. Ingat, bila kau rasa kau hebat, ada
lagi yang jauh lagi hebat dari kau.


Ada yang marah kepadaku kerana tidak sayangkan negara. Bukannya aku tak sayangkan langsung,
aku masih sayang tapi jangan la melampau. Bila kita terlalu sayang sesuatu benda. Kita akan
tidak sedar kesilapan yang ada di dalamnya. Aku cukup BENCI kepada mereka-mereka yang
suka menghina negara lain. Terutama negara-negara yang kebanyakannya datang ke sini untuk
cari rezeki. Ya, memang ada warga-warga ini yang melakukan jenayah dinegara kita. Tapi
takkan la seorang buat jahat, satu negara itu jahat.


Perkara yang tidak pernah aku lupa. Ada la seseorang ini kononnya ramai pengaruh dan tepu.
Perkara yang lawak mengenainya ialah dia mengeluarkan kata bahawa DIA BUKANLAH SEORANG
YANG RACIST, tapi ayat yang dikeluarkan sebegini "Aku bukan racist la bodoh! Ko la sial
nak cakap orang sial! Ko sial macam bangla! Hina macam bangla!" kata orang itu dengan
penuh perasaan marah. Ya, sewaktu orang itu marah. Kita dapat lihat personaliti orang
tersebut. Berbalik kepada cerita tadi, apa yang aku nak cop orang seperti itu? mengaku
tidak Racist tapi menghina kaum lain.


Aku cukup benci mereka yang bersifat perkauman. FUCK IT! Ada yang membenci kaum lain
di dalam negara ini (isu ketuanan) kerana menanganggap kaum lain ialah kaum penjajah
(status quo). Sedarlah kawan, kita ni pun bukannya bangsa melayu asli. Ada kacuk-kacuk
juga. Melayu itu sendiri sebuah kaum yang asalnya dari Indonesia yang datang mencari tanah.
Asal nama melayu itu pun berasal dari nama sebatang sungai dari Sumatera.


Post aku kali ini terlalu panjang belaka kerana aku cukup benci dengan perkauman. Kadang-
kadang aku pelik juga kenapa kalau sesuatu kaum itu jenis kaya dan berpendidikan itu akan
semua manusia akan pandang mulia dan sesuatu kaum yang miskin dan kurang pendidikan itu
dipandang mulia. Luaran? Ya, manusia menilai dari luaran. Kita hidup di bumi yang sama kawan.
Berkongsi planet yang sama. Jangan la berbangga dengan apa yang kau ada. Harap selepas
ini akan muncul pula slogan '1 BUMI' sambungan dari '1 MALAYSIA'


Tuesday, January 4, 2011

saya belajar di tempat yang merdeka....

saya belajar ditempat yang merdeka,
ditempat saya belajar sungguh merdeka sekali.

merdeka yang saya katakan ialah suatu kebebasan.  di tempat saya belajar, saya boleh membuat apa saja yang saya suka. saya boleh berpakaian yang saya kehendaki, sesuka hati pergi ke kelas, memakai pakaian sesuka hati.  sebab apa?  sebab tempat saya belajar sungguh merdeka.

tapi ini semua angan-angan aku dan mimpi sewaktu tidur sewaktu senja.  semua perkara aku terpaksa berlakun sewaktu menjejakkan kaki di tempat aku belajar.  Undang-undang yang kadang kala menyekat kebebasan aku untuk menjadi merdeka.  aku terpaksa memakai apa yang disuruh. MENJADI APA YANG DISURUH.

banyak tempat-tempat yang kita pergi, kita terpaksa menjadi manusia buatan dan bukan diri sendiri.  kita telah disekat untuk melakukan apa yang hendak kita lakukan.  di tempat-tempat pengajian di negara kita juga menyeka untuk kita melakukan segala perkara yang kita mahu.  atas alasan supaya kita menjadi seseorang yang berkaliber dan berintergriti.  adakah seseorang berkaliber dan berintegriti itu adalah seseorang yang perlu memakai pakaian segak?

Luaran?  Ya, luaran itu penting bagi masyarakat kita.  berpakaian segak itu adalah seseorang yang baik.  jika selekeh itu jahat.

di institusi pengajian juga, para pelajar tidak dibenarkan melibatkan diri dalam mana-mana acara ataupun melibatkan diri di dalam politik.  atas alasan ditakuti akan para pelajar akan terpengaruh dengan perkara yang negatif.  SUARA PARA PELAJAR TELAH PUN DISEKAT SAMA ADA SEDAR ATAU TIDAK. tujuan perkara ini dilakukan ialah supaya dapat melahirkan masyarakat yang dikehendaki semua masyarakat supaya tidak menjadi pembangkang yang berkaliber dan intgriti agaknya.

aku masih lagi tidak dapat memahami sistem-sistem yang di wujudkan.  ADAKAH PERKARA INI DILAKUKAN UNTUK MELEKAKAN KITA?  aku rasa para pelajar sudah cukup matang unutuk memilih perkara yang sebenar dan sahih serta bukan lakunan.  sepatutnya semua pihak sudah patut membuka minda dan mendengar kata-kata jiwa muda dan bukannya hanya menurut sahaja apa yang ada.  Muda bukannya bermakna tidak matang dan masih muda.  muda juga masih juga boleh berfikir mana yang betul atau salah.

Aku juga tidak berpuas hati pihak pentadbiran di tempat pengajian aku telah memansuhkan waktu rehat 15 minit pada waktu pagi.  perkara ini menyebabkan aku selalu berasa ngantuk apabila berada di kelas.  aku juga mahu segala kata-kata dan teguranku didengari oleh pihak pentadbiran.  DAN AKU JUGA TIDAK MAHU PAKSAAN DI DALM SISTEM PEMBELAJARAN.


Saturday, January 1, 2011

laman sosial.......

boleh dikatakan semua orang ada account laman sosial masing-masing...
atas tujuan pe?
pelbagai tujuan antaranya nak cari kawan...
penuhkan ruang dan menambah kawan katanya......
ada yang kata untuk permudahkan untuk berhubung dengan rakan-rakan....
ada yang nak berkongsi idea...
dan macam2 lagi laaaa....

tapi aku nampak laman sosial ni dah macam suatu perkara wajib ada dalam kehidupan pada masa kini....
ada sekali aku nampak seorang budak kecil umur dalam 12 atau 13 tahun...
menangis-nangis suruh bapanya memasang internet di rumah.....
atas alasan nakkan pemasangan internet di rumah dan bermain internet.....

kat cni aku sedar bahawa laman sosial ni dah menjadi perkara penting di dalam kehidupan manusia....
LAMAN SOSIAL MENJADI KEPERLUAN SEHARIAN MANUSIA......
terus terang aku katakan aku juga ada akaun laman sosial...
untuk suka2 sahaja....

memang hak anda unutk bermain internet seberapa yang anada mahu....
tapi aku sebagai kawan ingin bagi kesedaran bahawa internet ini bahaya untuk kehidupan kita...
mengapa aku katakan begitu...
BILL GATES sendiri xberi anak2nya bermain internet lebih 45minit sehari.....
dia lebih mengetahui tentang kesan2 perkara ini...

aku sendiri leka kalau bermain internet...
jadi, kawan-kawan...
sama-sama lah kita sedar ya.....

THINK IT!!!!!!

Saturday, December 25, 2010

baersama......

salahkah kita semua bersama?
bumi ini untuk kita.....
tiada perbezaan antara kita.....
tiada istilah kasta, geng baik, geng kuat, geng pandai.....
kita semua hidup di planet yang sama

Saturday, December 18, 2010

berdansa sambil membuang.....

kalau jalan kat bandar-bandaraya mesti nampak disko kan?

hahahahhahah........

tempat ramai wanita seksi dan lelaki berpakaian kemas melepak ditempat ini....

melepak sambil membuang duit....

sebab apa aku cakap macam tu???

korang tengok la kalau diorang lepak mesti sekurang-kurangnya satu malam habis paling sikit pun RM100...

tahu la tu duit dia....tapi sedarla sikit....

banyak inisiatif lain untuk berhibur dan berjimat......


yang paling menyayat hati.....

kebanyakan lelaki-lelaki pergi ke tempat-tempat macam ni sebab nak menggatal.....

menggatal, meraba dan pelbagai lagi.....

apakah kejadian wanita itu hanya untuk memuaskan nafsu golongan adam?

aku cukup tak setuju pasal perkara ini...

wanita dicipta untuk menjadi pasangan lelaki kerana lelaki mempunyai beberapa perkara yang tiada seperti wanita...


berbalik cerita pasal disko-disko...

kenapa kalau golongan-golongan yang berhibur di disko ni masyarakat masih memandang tinggi berbanding

manusia-manusia yang berhibur-berhibur di konsert mini punk tetap dipandang hina oleh masyarakat???

adakah masyarakat memandang dari segi luaran kerana golongan disko memakai pakaian yang mahal dan berkereta mewah...

adakah masyarakat memandang dari segi dalaman kerana golonga disko menggunakan duit lebih banyak untuk berhibur???


memang aku tahu itu semua hak mereka...

tetapi aku ingin bagi kesedaran bersama-sama....

sedar bahawa janganla kita terlalu menjadi materialistik dan hamba duit semata-mata.....

Wednesday, December 15, 2010

i love travel......


aku dari kecik suka keluar kg...
mak bapak aku dari kecik suka bawak aku jalan-jalan....
kata mak aku....
kita tengok dunia orang...
keluar dari dunia sendiri....
kadang-kadang aku pikir pe yang mak aku cakap tu betol jugak....
sampai sekarang aku suka berjalan...
sorg2 pon xpa.....
aku lagi suka naik kerderaan awam macam bas dan train....
dalam tu aku boleh melihat masyarakat yang berbilang kaum...
akdang2 aku kesian kat org2 tua yg naik bas lompat2....
budak2 skang langsung xada perasaan simpati pada org yang xmampu.....
mereka lagi suka mentertawakan sahaja....
ingatlah....
suatu hari nanti kita akan menjadi seperti mereka.....
dan paling aku ingat....
ada la mak cik tua tu naik dalam bas.....
bas xad kosong dan ada pon sebelah lelaki remaja yang berlainan kaum darinya....
bila remaja itu nampak wanita tua yang berlainan kaum darinya...
dia cepat2 tutup tempat duduk sebelahnya kerana tak nak duduk sebelah wanita tua tersebut.....
dengan alasan berlainan kaum.....
so mak cik tu terpaksa la berdiri dan nasib baik ada yang menghormati dengan memberi dia duduk.....


apa hati budi seseorg itu dinilai daripada jenisan bahasa, kulit serta agama???
sedarlah...
tiada istilah kaum mulia dalam kehidupan ini....
kita ada yang lemah dan kuat...
kita saling memerlukan.....
belajar hidup bersama......

Sunday, December 12, 2010

kawan.......



apa itu kawan.....
adakah untuk kita berlawan??
ya..kadang-kadang kita berlawan dengan kawan....
atas sebab salah faham atau segalanya.....

betul kata orang....
kawan yang baik akan bersama kita bila kita ada RM10 dan RM0.10.....
kalau cuma ada waktu kita ada RM10...
tu kawan ambil kesempatan namanya....

dalam luar kesedaran kita....
hanya beberapa sahaja dikalangan kawan kita itu adalah kawan.....
hahahhahah.....
manusia....

ada juga berpendapat kawan hanyalah memenuhi ruangan 'friendlist' dalam laman sosial sahaja...
apa ini????
ni ke namanya frienship.......

manusia alpa.....
kebanyakan perkara dilakukan hanya untuk kepentingan masing-masing....
sedarlah......
berlajar hidup bersama....
tidak kira susah atau senang.....

nak berkawan jangan kira rupa, bangsa atau agama....
bumi untuk kita bersama....
jangan alpa kawan.....

bernda ni nampak remeh kan?
tapi masih ramai lagi yang tak sedar.....
bangun kawan....
bangkitkan dirimu...
jangan hanya dibelunggu kepompong kecil dirimu yang tidak melihat luar......

p/s : terima kasih tak terhingga kawan-kawan ku dari utara hingga selatan Malaysia, Nepal (waktu aku kerja             dahulu),Bangla dan Indonesia (rakan serumah sewaktu aku pracktikal dahulu)......terima kasih kawan-kawan bersamaku tidak kira dalam susah atau senang...;....