BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, January 5, 2011

RACISM = SHIT!

Baru-baru berlaku pertempuran skuad malaysia dan indonesia. Aku tak pasti untuk acara
apa. Aku bukan peminta bola sepak tepu. Aku pergi tengok pun pasal nak pergi makan
dan masa yang sama kawan-kawan sibuk sangat nak tengok perlawanan yang dikatakan
begitu sengit ini. Aku dengan hati yang kurang ikhlas pun menemani rakan-rakan ku.
Semasa perlawanan berlangsung, aku tengok ramai la juga yang sokong pasukan Malaysia
sampai nak cari kedai makan pun payah masa tu. Aku tengok ramai juga yang bersorak
umtuk pasukan Malaysia. Mana penyokong Indonesia? Oh yeah..aku terlupa, mestilah
semua menyokong negara sendiri. Kalau tak sokong,akan dituduh tidak ingat asal usul
sendiri dan disuruh buang kad pengenalan diri.


Dalam ramai-ramai penyokong yang turut hadir di kedai makan yang aku lepak sekali tu,
ada juga la yang mulut hebat yang mengutuk-kutuk negara lawan. Adakah perlawanan
bola sepak ini penting sangat sampai sanggup mengutuk negara jiran? Tak habis disitu saja
perkara ini berlanjutan sehinggalah perlawanan tamat. Walhal Malaysia menang malam itu.


Selang beberapa lama kemudian, aku dapat la terabaca beberapa blog dan page yang mengutuk
negara lawan. Manusia jenis apa agaknya mereka-mereka ini. Mereka jenis ini adalah manusia
yang tidak pernah keluar kepompong dan pemikiran yang cetek sahaja melakukan seperti ini.
Sedarlah kawan, bumi kita ini satu. Bukannya kita hidup dengan masyarakat negara kita
sahaja.


Mula-mula aku dapat lihat blog beberapa warga Indonesia mengutuk negara Malaysia. Mengapa
perkara ini terjadi? Mungkinkah kerana pasukan merekakalah ataupun ada perkara lain.
Mungkin juga mereka berasa sakit hati kerana ada rakan-rakan mereka yang bekerja di
Malaysia telah dihina, diseksa oleh majikan mereka di Malaysia? Ya, pelbagai persoalan
telah muncul.


Di Malaysia pula terdapat segelintir yang kononnya sayangkan negara kita melawan balik
apa yang mereka terkena. Mereka menghina negara tersebut. Mereka memandang hina warga
negara tersebut. Sebab apa mereka berbuat begitu? Adakah kerana pasukan Indonesia kalah?
Atau kerana mereka menganggap semua warga nagara tersebut hina? Sebab apa? Ekonomi mereka
lebih perlahan berbanding negara kita? itu sebabnya? Sungguh cetek pemikiran orang yang
melakukannya.


Aku ada juga bertanya kepada sesiapa yang mengutuk negara-negara lain. Aku tanya mereka
kenapa benci negara-negara lain sebegitu rupa. Ada yang menjawap terlalu sayangkan negaralah
melawan balik kerana mereka mengutuk negara kita. Bagus! Sana kutuk, sini kutuk. Sampai
bila pun perkara ini tidak akan terhenti. Ada juga yang mengata warga-warga negara lain
seperti hamba untuk kita. Mereka miskin dan datang mencari kerja di negara kita, mereka
tak boleh hidup tanpa kita. COME ON BRO! Jangan jadi budak-budak. Cubalah buka minda
seluas-luasnya. Jangan EGO dengan apa yang anda ada. Ingat, bila kau rasa kau hebat, ada
lagi yang jauh lagi hebat dari kau.


Ada yang marah kepadaku kerana tidak sayangkan negara. Bukannya aku tak sayangkan langsung,
aku masih sayang tapi jangan la melampau. Bila kita terlalu sayang sesuatu benda. Kita akan
tidak sedar kesilapan yang ada di dalamnya. Aku cukup BENCI kepada mereka-mereka yang
suka menghina negara lain. Terutama negara-negara yang kebanyakannya datang ke sini untuk
cari rezeki. Ya, memang ada warga-warga ini yang melakukan jenayah dinegara kita. Tapi
takkan la seorang buat jahat, satu negara itu jahat.


Perkara yang tidak pernah aku lupa. Ada la seseorang ini kononnya ramai pengaruh dan tepu.
Perkara yang lawak mengenainya ialah dia mengeluarkan kata bahawa DIA BUKANLAH SEORANG
YANG RACIST, tapi ayat yang dikeluarkan sebegini "Aku bukan racist la bodoh! Ko la sial
nak cakap orang sial! Ko sial macam bangla! Hina macam bangla!" kata orang itu dengan
penuh perasaan marah. Ya, sewaktu orang itu marah. Kita dapat lihat personaliti orang
tersebut. Berbalik kepada cerita tadi, apa yang aku nak cop orang seperti itu? mengaku
tidak Racist tapi menghina kaum lain.


Aku cukup benci mereka yang bersifat perkauman. FUCK IT! Ada yang membenci kaum lain
di dalam negara ini (isu ketuanan) kerana menanganggap kaum lain ialah kaum penjajah
(status quo). Sedarlah kawan, kita ni pun bukannya bangsa melayu asli. Ada kacuk-kacuk
juga. Melayu itu sendiri sebuah kaum yang asalnya dari Indonesia yang datang mencari tanah.
Asal nama melayu itu pun berasal dari nama sebatang sungai dari Sumatera.


Post aku kali ini terlalu panjang belaka kerana aku cukup benci dengan perkauman. Kadang-
kadang aku pelik juga kenapa kalau sesuatu kaum itu jenis kaya dan berpendidikan itu akan
semua manusia akan pandang mulia dan sesuatu kaum yang miskin dan kurang pendidikan itu
dipandang mulia. Luaran? Ya, manusia menilai dari luaran. Kita hidup di bumi yang sama kawan.
Berkongsi planet yang sama. Jangan la berbangga dengan apa yang kau ada. Harap selepas
ini akan muncul pula slogan '1 BUMI' sambungan dari '1 MALAYSIA'


2 comments:

FudhaiL said...

berckp tentang recism nih cuba kamu tgk blk brapa byk yg kamu anti/benci kat atas nih....

ludah basi said...

saya lebih membenci pihak-pihak yang berfikiran perkauman....di dalam artikel saya, saya hanya membenci kaum yang bersifat perkauman...membenci negara, kulit, agama dan kaum lain...itu yang saya bencikan