BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, January 27, 2011

Kadangkala Bas Ekspress itu......Babi!

besok aku akan menaiki bas untuk pulag ke selatan. aku ada sedikit cerita menarik pasal bas ni yang pernah ku lalui.

Aku masih ingat lagi bulan lepas. Aku menaiki bas dari Ipoh ke tempat pengajianku. Bas yang dijanjikan pada pukul 12.30Am. Aku sampai di stesen bas pada pukul 12.15AM. Aku pergi la beli makanan untuk makan dalam bas sementara teman wanitaku pergi ke kaunter tiket bas mengenai tiket bas aku.

Tak lama selepas itu, teman wanitaku datang kepadaku dan cakap bahawa bas yang akan aku naik telah terlepas. Aku menjadi terpinga-pinga. Aku lihat jam tangan aku masih menunjukkan pukul 12.20Am. Aku tertanya-tanya. "Jam aku ni lambat ke rosak?". Teman wanitaku berkata bahawa pihak syarikat bas terlupa bahawa akan ada penumpang yang akan naik dari Ipoh. WTF????

Untuk menyedapkan hatiku, pihak syarikat telah membawa aku menaiki kereta peribadinya untuk mengejar bas yyang aku naik sepatutnya. Aku bersama seorang penumpang wanita yang kebetulan hendak pergi ke destinasi yang sama.

Setelah dapat mengejari bas yang aku akan naiki. Aku pun naik la bas tersebut. Semasa dalam perjalanan, aku merasakan sesuatu ke atas bas yang akan aku naiki. Bas menjadi tersenggut2. Apa ni???? Diorang xperiksa bas ke sebelum perjalanan?????? Aku tertanya-tanya sendirian.

Semasa sampai ke tempat untuk buang air kecil (baca : kawasan rehat untuk buang air) bas menjadi tersengguk ddengan teruk. Tidak lama kemudian, enjin bas mati dan bas tidak dapat dihidupkan enjinnya. aku pun menunggu la bas nak jalan.

Sewaktu itu, pemandu bas mengarahkan penumpang hendak ke Butterworth menumpang ke bas lain. Aku tengok bas semakin lama semakin kosong. Hanya tinggal aku dan seorang perempuan yang sama destinasi denganku.

Aku lihat jam tanganku, sudah hampir setengah jam bas tidak dapat meneruskan perjalanan. Tidak lama selepas itu, pemandu mengumumkan kepada ku untuk menumpang bas lain kerana bas masih lagi tidak dapat dihidupkan.

Aku pun dengan kecewa keluar bas tersebut dan menunggu di tepi jalan untuk menunggu bas yang akan aku tumpang. Aku lihat pembantu pemandu dengan tekun menahan bas sambil bergurau dengan ku yang lawaknya aku bosan kerana aku sakit hati dengannya.

Tepat sejam 30 minit selepas bas berhenti tadi, baru la kami dapat menumpang bas. Kami ingat kami terus turun ke destinasi yang ingin kami tuju. Kami silap, rupanya bas tersebut hanya berhenti di Butterworth. Kami menjadi kecewa sekali lagi. Dah la membuang banyak masa kami tadi. Ini nak buang masa kami lagi. Dan tiket yang kami bayar berharga untuk sampai ke destinasi kami. ARGHHH!!!

Rupa-rupanya tambang dari Butterworth ke destinasi kami adalah menggunakan duit kami sendiri. Pihak bas terbabit tidak menanggung atas kesalahan mereka. FUCK r! Aku pun dengan kecewa mengikutkan jejak mereka. Setelah sampai ke Butterworth, jam menunjukkan pukul 4.00 AM.

Aku dengan badan letih pun pergi ke kaunter bas untuk membeli tiket bas ke destinasi ku pula. Mereka kata bas hanya ada pada pukul 7.00AM. Hah?? Ini bermakna aku perlu menuggu 3jam untuk dapatkan bas. Dahla aku ada kelas pagi. Macam mana ni???

Nak tak nak aku terpaksa la menunggu sehingga dapat bas untuk ke destinasiku...Tepat pukul 7.00AM bas ke destinasiku sampai. Aku pun dengan keadaan mengantuk dan penat menaiki bas tersebut untuk ke destinasiku. Aku sampai pada pukul 8.00AM, tepat waktu kelasku bermula.

Aku terpaksa ponteng kelas tersebut kerana sudah terlambat dan keletihan (1 malam tak tidur wooo). Aku betul-betul tidak puas hati dengan kejadian ini. Dahlah pihak bas itu tidak bertanggungjawap keatas pe yang terjadi. Malah aku yang terpaksa menanggung semua. SIAL R!

Baru aku sedar. Ramai rupanya di kalangan masyarakat kita yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan keuntungan. Mana pergi kemanusiaan?? Akku cukup tidak puas hati dengan kejadian ini. Diharap pihak syarikat bas ekspress  yang tidak prihatin ke atas penumpang. Mereka juga tidak melakukan pemeriksaan keatas bas diatas sebarang kekrosakan sebelum bertolak. Kalau jadi apa-apa semasa dalam perjalanan lagi la teruk.

KEATAS SEMUA SYARIKAT BAS EKSPRESS, JUJUR DAN PRIHATIN DALAM MELAKUKAN SESUATU PERNIAGAAN. JANGAN HANYA KERANA INGIN KEUNTUNGAN YANG BANYAK, PARA PENUMPANG YANG TERPAKSA MENANGGUNGNYA. INGAT, SETIAP PERJALANAN MU MEMBAWA LEBIH 10 NYAWA YANG TIDAK BERDOSA.



Aku pon bersama seorang perempuan yang hendak ke destinasi yang sama juga terpaksa la menunggu

0 comments: