BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, January 24, 2011

Aku Tak Pandai

Aku ni bukanlah pandai sangat pon. Tapi aku ada juga try yang terbaik dalam hidup aku. Aku pelik la. Dulu orang ramai cakap sebelum aku pergi sambung belajar, "Belajar rajin-rajin ea. Biar dapat markah tinggi." Ni yang aku pelik ni.

Mak aku dulu kata kalau belajar pandai-pandai dapat markah tinggi. Maaf mak! Mak silap. Pandai tu mesti ada tapi lain sikit pandainya mak. Bukan pandai jawap soalan. Tapi pandai mengampu pensyarah, pandai berpakaian sopan, dan pandai berlakon (baca : buat baik depan semua orang).

Maaf mak, di sini mempunyai peraturan yang mestti dipatuhi. Aku ingat prestasi pelajar dilihat dari markah-markah yang diperolehi oleh pelajar hasil usaha mereka. Maaf, di sini mempunyai cara penilaian yang dipanggil Penilaian Berterusan (PB).

Ingatkan pula Penilaian Berterusan ini diambil hasil markah penilaian dari markah-markah tugasan, kuiz dan ujian. Aku sekali lagi silap. Rupa-rupanya perangai dalam kelas juga diambil kira. Aku dilarang melawan pensyarah. Nanti gagal.

Aku pelik la tentang pengajian di tempat aku. Bukannya nak menghasilkan pelajar yang pandai. Tapi nak melahirkan pelajar yang baik di mata masyarakat. Aku tak paham la. Masyarakat sentiasa memuliakan luaran berbanding dalaman. Terutama di sekeliling aku.

Kawan-kawan.......sedarlah......kita di dunia mereka......bukan di dunia kita........

2 comments:

bulan resakse said...

sistem mengajar kita untuk mematuhinya.
aku juga tak mahu jadi robot.
i don't wanna be mold into cannon fodder for the war.

ludah basi said...

betul raksase.....kadang-kadang rasa dipergunakan