BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 4, 2011

saya belajar di tempat yang merdeka....

saya belajar ditempat yang merdeka,
ditempat saya belajar sungguh merdeka sekali.

merdeka yang saya katakan ialah suatu kebebasan.  di tempat saya belajar, saya boleh membuat apa saja yang saya suka. saya boleh berpakaian yang saya kehendaki, sesuka hati pergi ke kelas, memakai pakaian sesuka hati.  sebab apa?  sebab tempat saya belajar sungguh merdeka.

tapi ini semua angan-angan aku dan mimpi sewaktu tidur sewaktu senja.  semua perkara aku terpaksa berlakun sewaktu menjejakkan kaki di tempat aku belajar.  Undang-undang yang kadang kala menyekat kebebasan aku untuk menjadi merdeka.  aku terpaksa memakai apa yang disuruh. MENJADI APA YANG DISURUH.

banyak tempat-tempat yang kita pergi, kita terpaksa menjadi manusia buatan dan bukan diri sendiri.  kita telah disekat untuk melakukan apa yang hendak kita lakukan.  di tempat-tempat pengajian di negara kita juga menyeka untuk kita melakukan segala perkara yang kita mahu.  atas alasan supaya kita menjadi seseorang yang berkaliber dan berintergriti.  adakah seseorang berkaliber dan berintegriti itu adalah seseorang yang perlu memakai pakaian segak?

Luaran?  Ya, luaran itu penting bagi masyarakat kita.  berpakaian segak itu adalah seseorang yang baik.  jika selekeh itu jahat.

di institusi pengajian juga, para pelajar tidak dibenarkan melibatkan diri dalam mana-mana acara ataupun melibatkan diri di dalam politik.  atas alasan ditakuti akan para pelajar akan terpengaruh dengan perkara yang negatif.  SUARA PARA PELAJAR TELAH PUN DISEKAT SAMA ADA SEDAR ATAU TIDAK. tujuan perkara ini dilakukan ialah supaya dapat melahirkan masyarakat yang dikehendaki semua masyarakat supaya tidak menjadi pembangkang yang berkaliber dan intgriti agaknya.

aku masih lagi tidak dapat memahami sistem-sistem yang di wujudkan.  ADAKAH PERKARA INI DILAKUKAN UNTUK MELEKAKAN KITA?  aku rasa para pelajar sudah cukup matang unutuk memilih perkara yang sebenar dan sahih serta bukan lakunan.  sepatutnya semua pihak sudah patut membuka minda dan mendengar kata-kata jiwa muda dan bukannya hanya menurut sahaja apa yang ada.  Muda bukannya bermakna tidak matang dan masih muda.  muda juga masih juga boleh berfikir mana yang betul atau salah.

Aku juga tidak berpuas hati pihak pentadbiran di tempat pengajian aku telah memansuhkan waktu rehat 15 minit pada waktu pagi.  perkara ini menyebabkan aku selalu berasa ngantuk apabila berada di kelas.  aku juga mahu segala kata-kata dan teguranku didengari oleh pihak pentadbiran.  DAN AKU JUGA TIDAK MAHU PAKSAAN DI DALM SISTEM PEMBELAJARAN.


0 comments: