BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, January 22, 2011

ADIL INI SEMUA?


okay..apa yang korang lihat dari gambar ini? Ada yang mengatakan makanan ni nampak sedap. Ada yang katakan ni makanan orang kaya. Dan ada juga yang tidak dapat mengatakan apa-apa kerana tidak rasai sendiri. Ini bermaksud ada pelbagai tanggapan manusia untuk menghakimi sesuatu perkara.

Gambar makanan ini hanya gambaran mengenai tanggapan manusia sahaja. Begitu juga dengan kehidupan seharian. Kebanyakan masyarakat masih lagi hidup dengan takuk ( baca ; minda / mindset ) lama. Dengan hanya melihat luaran manusia sahaja dapat menilai orang. Dapat menilai dari sikap, akhlak kadang-kala pun boleh mengetahui masa depan seseorang itu. WTF?

Bende ni dah jadi lumrah dalam kehidupan. Kemana-mana sahaja aku pergi, aku dapat rasakan masyarakat melihatku dengan pandangan hina. MENGAPA? sebab pakaian ku ke? atau cara aku dan rakan-rakan bergurau semua? Aku masih tak paham.

Ada sekali tu aku dan rakan-rakan ada berjumpa sekumpulan orang-orang tua. Kami angkat tangan untuk menegur. TApi diorang buat donno je. KENAPA ni? Sebab aku pakai seluar pendek dan baju band ke? atau  
mereka berasa cemburu keatas ku yang nampak Cool?

Aku masih tak paham lagi kenapa ramai lagi yang berfikiran sebegini. Kata dah merdeka. Ada kata kita belum merdeka sebab remaja dewasa kini banyak terpengaruh budaya barat. Bagi aku kita belum lagi merdeka kerana pemikiran masih lagi dijajah.

Masih ramai lagi masyarakat sekeliling yang mempunyai pemikiran sebegini. 'DEKATI SESUATU JANGAN HANYA MENGGUNAKAN MATA, TETAPI GUNAKAN LA HATIMU'.

0 comments: