BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 25, 2011

Ludah Basi????

Mengapa nama blog ini Ludah Basi??
Ada yang tanya aku kenapa nama blog ko Ludah Basi. Biar aku teangkan dan keterangan ku sebegini.

Ada yang mengataka aku ni pengotor sebab guna nama sebgini. Ada juga yang berkata 'memang style punk la!'. Huh! Aku menggunakan nama ini sebenarnya secara spontan semasa aku try2 nak buat blog dulu. Aku tak bermaksud pun nak nampak style ke ape. Kebetulan waktu itu aku baru je bangun tidur (ada la sedikit air liur basi).

Selepas aku guna nama ini baru aku terfikir bahawa nama ini ada maksud tersirat dalam nama ini. Bagi aku la, Ludah Basi ini bermaksud aku meluahkan kata-kata yang ada sesetengah pihak rasa perkara ini sudah lama dan jemu di pemikiran mereka. Akan tetapi aku terus juga ingin berkata kerana prinsip utama aku menulis blog ini kerana aku cuba berkongsi. Melalui berkongsi ini aku terus ingin sesiapa sahaja yang membaca blog aku ini kesedaran. Tidak kira dalam skala kecil ataupun besar.

Apa motif ang tulis blog?
Aku tulis blog ni macam yang aku katakan tadi. Aku menulis kerana ingin berkongsi bersama semua. Aku bukan ingin membuat blog seperti ramai blogger yang semuda dengan ku yang menceritakan kehidupan mereka yang modern. Memang aku ada menceritakan perkara seharian ku, tetapi aku ada sesuatu yang ingin disampaikan melalui cerita aku. konsep utama aku dalam blog ini ialah BERKONGSI.

Aku juga tulis blog ini bukan untuk menjatuhkan mana-mana pihak. Aku lebih suka memberi pendapat yang lebih membina, bukan menjatuhkan. Aku harap semasa anda semua membaca blog aku ini, TINGGALKAN DAHULU KEEGOAN ANDA DI TOILET. Aku tahu aku juga yang jenis ego, bila membaca hanya membaca dan mengutuk. Aku tidak kisah sebab aku kesian kat orang itu kerana tidak tahu mengawal keegoan dirinya.

Melalui perkongsian sebegini, adalah lebih mudah untuk aku memberi kesedaran kepada semua. Tidak kira anda mempunyai perbezaan umur dengan aku ataupun berlainan fahaman serta kaum dan agama. Aku tidak kisah. Aku harap sesiapa yang membaca akan mengambil sedikit iktibar atas apa yang hendak aku sampaikan.

Aku ini bukan siapa pun nak menegur orang seperti yang apa aku katakan. Maaf, melalui perkongsian pendapat ini juga aku dapat menegur semua termasuk diri kusendiri. Secara tidak langsung dapat memotivasikan diriku sendiri.

"KEEGOAN AKAN MEMBUNUH DIRI, KEEGOAN JUGA MENUTUP PANCAINDERA DIRI UNTUK SEDAR AKAN SESUATU PERKARA" (Apai)





1 comments:

xsuzikornx said...

yess aku stuju wey ngn pndapat ang