Hari-hari saya makan kedai......
Hari-hari duit saya habis......
Hari-hari saya makan kedai....
Hari-hari saya membuang masa.......
hari-hari saya makan kedai......
Hari-hari saya sakit perut......
Hari-hari saya makan kedai.....
Hari-hari saya FUCK towkey kedai.......
Wednesday, January 26, 2011
hari-hari saya
Posted by ludah basi at 9:50 AM 2 comments
Tuesday, January 25, 2011
Ludah Basi????
Mengapa nama blog ini Ludah Basi??
Ada yang tanya aku kenapa nama blog ko Ludah Basi. Biar aku teangkan dan keterangan ku sebegini.
Ada yang mengataka aku ni pengotor sebab guna nama sebgini. Ada juga yang berkata 'memang style punk la!'. Huh! Aku menggunakan nama ini sebenarnya secara spontan semasa aku try2 nak buat blog dulu. Aku tak bermaksud pun nak nampak style ke ape. Kebetulan waktu itu aku baru je bangun tidur (ada la sedikit air liur basi).
Selepas aku guna nama ini baru aku terfikir bahawa nama ini ada maksud tersirat dalam nama ini. Bagi aku la, Ludah Basi ini bermaksud aku meluahkan kata-kata yang ada sesetengah pihak rasa perkara ini sudah lama dan jemu di pemikiran mereka. Akan tetapi aku terus juga ingin berkata kerana prinsip utama aku menulis blog ini kerana aku cuba berkongsi. Melalui berkongsi ini aku terus ingin sesiapa sahaja yang membaca blog aku ini kesedaran. Tidak kira dalam skala kecil ataupun besar.
Apa motif ang tulis blog?
Aku tulis blog ni macam yang aku katakan tadi. Aku menulis kerana ingin berkongsi bersama semua. Aku bukan ingin membuat blog seperti ramai blogger yang semuda dengan ku yang menceritakan kehidupan mereka yang modern. Memang aku ada menceritakan perkara seharian ku, tetapi aku ada sesuatu yang ingin disampaikan melalui cerita aku. konsep utama aku dalam blog ini ialah BERKONGSI.
Aku juga tulis blog ini bukan untuk menjatuhkan mana-mana pihak. Aku lebih suka memberi pendapat yang lebih membina, bukan menjatuhkan. Aku harap semasa anda semua membaca blog aku ini, TINGGALKAN DAHULU KEEGOAN ANDA DI TOILET. Aku tahu aku juga yang jenis ego, bila membaca hanya membaca dan mengutuk. Aku tidak kisah sebab aku kesian kat orang itu kerana tidak tahu mengawal keegoan dirinya.
Melalui perkongsian sebegini, adalah lebih mudah untuk aku memberi kesedaran kepada semua. Tidak kira anda mempunyai perbezaan umur dengan aku ataupun berlainan fahaman serta kaum dan agama. Aku tidak kisah. Aku harap sesiapa yang membaca akan mengambil sedikit iktibar atas apa yang hendak aku sampaikan.
Aku ini bukan siapa pun nak menegur orang seperti yang apa aku katakan. Maaf, melalui perkongsian pendapat ini juga aku dapat menegur semua termasuk diri kusendiri. Secara tidak langsung dapat memotivasikan diriku sendiri.
"KEEGOAN AKAN MEMBUNUH DIRI, KEEGOAN JUGA MENUTUP PANCAINDERA DIRI UNTUK SEDAR AKAN SESUATU PERKARA" (Apai)
Posted by ludah basi at 9:48 AM 1 comments
Monday, January 24, 2011
Aku Tak Pandai
Aku ni bukanlah pandai sangat pon. Tapi aku ada juga try yang terbaik dalam hidup aku. Aku pelik la. Dulu orang ramai cakap sebelum aku pergi sambung belajar, "Belajar rajin-rajin ea. Biar dapat markah tinggi." Ni yang aku pelik ni.
Mak aku dulu kata kalau belajar pandai-pandai dapat markah tinggi. Maaf mak! Mak silap. Pandai tu mesti ada tapi lain sikit pandainya mak. Bukan pandai jawap soalan. Tapi pandai mengampu pensyarah, pandai berpakaian sopan, dan pandai berlakon (baca : buat baik depan semua orang).
Maaf mak, di sini mempunyai peraturan yang mestti dipatuhi. Aku ingat prestasi pelajar dilihat dari markah-markah yang diperolehi oleh pelajar hasil usaha mereka. Maaf, di sini mempunyai cara penilaian yang dipanggil Penilaian Berterusan (PB).
Ingatkan pula Penilaian Berterusan ini diambil hasil markah penilaian dari markah-markah tugasan, kuiz dan ujian. Aku sekali lagi silap. Rupa-rupanya perangai dalam kelas juga diambil kira. Aku dilarang melawan pensyarah. Nanti gagal.
Aku pelik la tentang pengajian di tempat aku. Bukannya nak menghasilkan pelajar yang pandai. Tapi nak melahirkan pelajar yang baik di mata masyarakat. Aku tak paham la. Masyarakat sentiasa memuliakan luaran berbanding dalaman. Terutama di sekeliling aku.
Kawan-kawan.......sedarlah......kita di dunia mereka......bukan di dunia kita........
Posted by ludah basi at 9:18 AM 2 comments
Saturday, January 22, 2011
ADIL INI SEMUA?
okay..apa yang korang lihat dari gambar ini? Ada yang mengatakan makanan ni nampak sedap. Ada yang katakan ni makanan orang kaya. Dan ada juga yang tidak dapat mengatakan apa-apa kerana tidak rasai sendiri. Ini bermaksud ada pelbagai tanggapan manusia untuk menghakimi sesuatu perkara.
Gambar makanan ini hanya gambaran mengenai tanggapan manusia sahaja. Begitu juga dengan kehidupan seharian. Kebanyakan masyarakat masih lagi hidup dengan takuk ( baca ; minda / mindset ) lama. Dengan hanya melihat luaran manusia sahaja dapat menilai orang. Dapat menilai dari sikap, akhlak kadang-kala pun boleh mengetahui masa depan seseorang itu. WTF?
Bende ni dah jadi lumrah dalam kehidupan. Kemana-mana sahaja aku pergi, aku dapat rasakan masyarakat melihatku dengan pandangan hina. MENGAPA? sebab pakaian ku ke? atau cara aku dan rakan-rakan bergurau semua? Aku masih tak paham.
Ada sekali tu aku dan rakan-rakan ada berjumpa sekumpulan orang-orang tua. Kami angkat tangan untuk menegur. TApi diorang buat donno je. KENAPA ni? Sebab aku pakai seluar pendek dan baju band ke? atau
mereka berasa cemburu keatas ku yang nampak Cool?
Aku masih tak paham lagi kenapa ramai lagi yang berfikiran sebegini. Kata dah merdeka. Ada kata kita belum merdeka sebab remaja dewasa kini banyak terpengaruh budaya barat. Bagi aku kita belum lagi merdeka kerana pemikiran masih lagi dijajah.
Masih ramai lagi masyarakat sekeliling yang mempunyai pemikiran sebegini. 'DEKATI SESUATU JANGAN HANYA MENGGUNAKAN MATA, TETAPI GUNAKAN LA HATIMU'.
Posted by ludah basi at 2:08 AM 0 comments
Tuesday, January 18, 2011
life...(still same)
sekarang baru aku sedar......
musuh sebenar ku bukan orang lain....
sebenarnya diri aku sendiri.....
diri aku yang membuat ku binasa.....
diriku yang menyebabkan aku gagal dalam segalanya.....
diriku selalu dibayangi keinginan.....
keinginan beserta nafsu yang tiada membawa faedah......
sebenarnya sekeliling yang mewarnai kehidupan ku....
yang membuat aku suka, gembira, sedih dan tertekan....
apa yang ada dalam diriku?
kosong.......tiada apa.....
hanya merengek-rengek mahukan sesuatu......
hidup seharian sama sahaja....
tiada beza....
membuat aku menjadi bosan dan malas....
kadang-kadang inginkan pembaharuan.....
jarang aku dapat.....
all day still same......
Posted by ludah basi at 7:16 AM 0 comments
Monday, January 17, 2011
perubahan drastik....
Habis punah impian ku kali ini....
Ingin datng jauh untuk berjaya....
berasa bosan untuk meneruskan impian....
berasa bosan dengan rutin yang sememangnya membosankan.....
duduk diam dan hanya mengikut kata....
hilang semangat entah kemana.....
mana semangatku sewaktu mula menjejakkan kaki disini?
semangat yang ada sekarang hanya ingin memberontak dengan kehidupan seharian.....
aku juga ingin lari dari rutin harianku.....
perasaan bosan membuatkan diriku malas.....
malas dan tidak bersemangat....
hari-hari mendengar pensyarah membebel....
datang kelas dengan hhati tidak ikhlas.....
mengapa tidak ikhlas?
datang ke kelas atas paksaan.....
dipaksa ke kelas kerana atas allasan peljar akan tertinggal pelajaran...
bagiku mungkin kerana pengajar takut tiada sambutan di kelasnya....
bagaimana aku hendak meneruskan rutin harianku dengan seronok?
takkan berakhir semua ini.....
perasaan bosan akan sentiasa hadir........
Posted by ludah basi at 9:31 AM 0 comments
Saturday, January 15, 2011
bermaharajalela dia ya.....
HEP???
maksud sebenar HEP apa ya?
Hal Ehwal Pelajar?
Penjaga Pelajar?
dimana-mana tempat pengajian samada ipta, ipts atau sekolah mempunyai HEP....
aku tak nak buka pada skop yang besar la....
hanya skop kecil di tempat aku.....
di tempat aku HEP seakan-akan raja di tempat pengajianku.....
sebab apa aku kata begini?
ni atas pemerhatianku.....
aku tidak kata benda yang tidak benar.....tak ada faedah apa pun.....
HEP telah merampas hak kami bersuara....
jika bersuara akan diambil tindakan atas melawan pentadbiran......
HEP juga suka menghukum orang sesuka hati mereka......
mereka menganggap mereka yang paling berkuasa di tempat itu.....
perkara ini ada juga terjadi di tempat ku....
HEP telah mengaibkan mereka yang bersalah kerana mereka melakukan perkara yang dilarang agama....\
what?????
mengaibkan orang itu juga dibenarkan oleh agama???
Shit!!!!!
semua tempat ada saja mereka-mereka yang hendak bermaharajalela.....
kami tahu la apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak......
jangan la menyuruh kami menjadi MANUSIA BUATAN YANG MEREKA KEHENDAKI......
kami bukan robot...
kami boleh berfikir....
kami boleh memberontak......
Posted by ludah basi at 1:47 AM 0 comments


