BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, February 25, 2011

Aku diserang penyakit merbahaya

Aku diserang sesuatu penyakit bahaya,
Penyakit yang lebih bahaya daripada penyakit-penyakit yang lain,
Penyakit ini juga boleh membunuh.

Akibat penyakit ini aku hanya berada di tempat yang sama,
Akibat penyakit ini aku hanya mahukan belas kasihan,
Akibat penyakit ini aku hanya menagih simpati,
Akibat penyakit ini aku hanya melakukan rutin yang sama,
Akibat penyakit ini aku hanya memandang remeh sesuatu perkara,
Akibat penyakit ini aku hanya berasa kebosanan dalam kehidupan ku,
Akibat  penyakit ini aku hanya berada di takuk lama,
Akibat penyakiti ini aku hanya berangan yang menjadi angan.

Penyakit ini sungguh merbahaya,
Penyakit ini dinamakan MALAS,
Lawan kepadanya ialah rajin.

Penyakit malas merupakan masalah besar kepada kita.


Thursday, February 24, 2011

Salah cara untuk dipengaruhi....

Sudah menjadi keperluan remaja masa kini untuk sentiasa mengetahui cerita-cerita terbaru yang hendak ditayangkan dipawagam yang berdekatan terutamanya cerita-cerita yang diuar-uarkan menarik. Semua orang mahu kepuasan selepas menonton sesebuah filem yang ditayangkan ibarat menahan sakit  perut didalam bas dan dapat melepaskan hajat sewaktu bas berhenti di kawasan rehat.

Jika ditanyakan mengapa kamu ingin pergi kepawagam apabila ada cerita-cerita baru? Ini jawapannya.
Ali : Aku dah habis boring dah tak tahu nak buat apa.
Minah : Sementara dapat pergi bandar. Tengok je la wayang selain main bowling dan karoke.
Idham : Aku mahu mengetahui jalan cerita yang hendak disampaikan.
Ila : Hero dalam cerita itu hensem. Puas sikit tengok kat wayang.
Rosham : Aku pencinta seni tanah air.
Abu : Wayang tempat paling line clear aku nak bermesra-mesra dengan pasangan.

Pelbagai pandangan yang telah diberikan. Selepas menonton wayang pelbagai ragam anda akan dapati dari setiap penonton. Kebanyakan cerita diwujudkan kerana ingin menyampaikan sesuatu mesej melalui jalan cerita ataupun cara percakapan didalam cerita tersebut. Kebanyakannya para penonton hanya mahu menghiburkan diri semasa menonton sesuatu cerita.

Sebagai contoh ramai yang akan mengulang-ulang dialog yang terdapat didalam cerita tersebut bukan mesej yang didapati. Mungkin pendapat setiap insan berbeza.

Hayatilah jalan cerita yang terdapat di dalam sesuatu cerita. Dapatkan mesej yang hendak disampaikan bukan hanya menghiburkan diri. Banyak sebenarnya mesej yang anda dapati didalam sesuatu cerita tersebut.


Friday, February 18, 2011

Pentingnya wang ringgit kepada kitaa

Pentingnya wang ringgit kepada kita sehingga ada yang sanggup seharian membanting tulang untuk mendapatkannya,
Pentingnya wang ringgit kepada kita sehingga ada yang sanggup berbunuhan deminya,
Pentingnya wang ringgit kepada kita sehinggakan hendak membuang air pun menggunakannya,
Pentingnya wang ringgit kepada kita sehingga kita sanggup melakukan pelbagai cara untuk mendapatkkannyaa,
Pentingnya wang ringgit kepada kita sehingga ada pihak ada memnyalahgunakannya,
Pentingnya wang ringgit kepada kita sehingga kita tidak mengenal erti saudara,
Pentingnya wang ringgit kepada kita sehingga kita sanggup bermusuhan dengan sahabat,
Pentingnya wang ringgit kepada kita sehinnga kebahagiaan hidup bergantung kepadanya.

Begitulah pentingnya wang ringgit kepada kita.


Itu sebenarnya kau...

Kau ketawakan budak-budak baru nak naik,
Padahal kau dulu merangkak lebih teruk dari mereka.

Kau ketawakan kepada mereka yang hendak membuat pembahuruan kearah baik,
Padahal kau masih lagi di takuk lama dan masih begitu.

Kau ketawakan mereka yang memakai baju yang tidak ganas dari kau,
Padahal pemikiran mereka jauh lebih ganas dari kau.

Kau ketawakan kaum yang lemah,
Padahal kau lebih kecil dari semut jika ditempat orang lain.

Kau pandai melabel orang,
Padahal kau pun sama ja..

Kau ketawakan orang yang baca buku haluan kiri,
Padahal kau masih baca zine yang telah disalin sebanyak 20 kali.

Kau ketawakan kaum tidak sempurna,
Padahal kau juga manusia biasa.


Tuesday, February 15, 2011

Maaf....

Aku telah cuba sedaya upaya untuk jadi yang terbaik....
Aku telah cuba untuk memuaskan hati semua....
Aku sanggup terseksa demi kepuasan lain....

Tapi apakan daya.....
Tangan ku hulur....
kepalaku dipijak.....

Lakonan hidup sentiasa membuh diriku.....
Propaganda ciptaan yang menganiayaku....

Aku sedar diriku...
Manusia kecil yang mahukan kehidupan indah...\

Aku manusia kecil....
sangat kecil....
sentiasa tidak mendapati kehidupan istimewa.......

Thursday, February 10, 2011

Mereka tidak mahu kawan dengan saya.

Aku tidak pandai membuat aksi lagak ngeri dan membikin motor,
Mereka tidak mahu kawan dengan saya.

Aku tidak pandai membuat tarian bodoh semasa gig untuk kelihatan cool
samapai kawan-kawan yang lain terkena sepakan saya yang kadangkala
aku sengaja,
Mereka tidak mahu kawan dengan saya.

Aku tidak berpakaian up to date,
Mereka tidak mahu kawan dengan saya.

Aku tidak tahu pasal scene muzik masa kini,
Mereka tidak mahu kawan dengan saya.

Aku tidak berfesyen show seperti yang lain di gig,
Mereka tidak mahu kawan dengan saya.

Aku tidak berkawan yang ada band,
Mereka tidak mahu kawan dengan saya.

Aku tidak menyumbangkan apa-apa pada scene muzik,
Mereka tidak mahu kawan dengan saya.

Aku tidak cukup punk,
Mereka tidak mahu kawan dengan saya.

Aku tidak mempunyai ramai awek,
Mereka tidak mahu kawan saya.

Aku tidak setua mereka,
Mereka tidak mahu kawan dengan saya.

Aku tidak kisah untuk berbual dengan kaum selain kaumku,
Mereka tidak mahu kawan dengan saya.

Aku tidak melayan hanya sejenis muzik sahaja,
Mereka tidak mahu kawan dengan saya.

Aku tidak ada blog yang sehot mereka,
Mereka tidak mahu kawan dengan saya.

aku tidak sesosial seperti remaja masa kini,
Mereka tidak mahu kawan dengan saya.

Aku tidak pernah melepak dengan otai,
Mereka tidak mahu kawan dengan saya.

Aku tidak mempunyai koleksi peribadi yang sukar didapati,
Mereka tidak mahu kawan dengan saya.

Aku tidak selalu berduit,
Mereka tidak mahu kawan dengan saya.

aku tidak hidup dalam keadaan senang dan mewah,
Mereka tidak mahu kawan dengan saya.


Wednesday, February 9, 2011

Umur.....



Umur..=  jangka masa hidup atau hayat seseorang (sesuatu) mulai dilahirkan (diadakan dsb), jangka waktu sejak dilahirkan (diadakan dsb), usia

Umur itu fleksible. Ada pelbagai tanggapan mengenai umur jika kita tanyakan kepada semua orang. Ada yang menganggap umur itu sebagai nombor. Ada yang mengganggap dengan umur itu dapat mengetahui betapa tuanya seseorang itu. Ada yang mengangap umur itu kepandaian seseorang. Ada juga yang suka hanya bercampur denagan seseorang yang sama usianya sahaja atau yang lebih tua. Dengan beranggapan yang lebih muda itu membosankan dan kurang matang.

Deangan beranggapan yang lebih muda itu kurang matang dan cerdik itu mungkin betul dan mungkin silap. Ada yang lebih muda darinya tetapi mempunyai pengalaman yang lebih berbanding si tua. Secara jujurnya, manusia yang suka membanding-bandingkan sesorang itu dengan umur yang proses pematangan yang tidak sempurna.

Berkawan hanya memilih umur ini berlaku dimana-mana sahaja. Kita dapat lihat disekeliling kita. Mereka ini akan tidak berasa senang apabila ada yang lebih muda darinya. Mereka jenis ini agak bodoh sombong.

"INGAT, UMUR DAN PERWATAKAN TIDAK MENGGAMBARKAN KEMATANGAN DAN GAYA DAN PEMIKIRAN SESEORANG ITU"