BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, February 10, 2011

Mereka tidak mahu kawan dengan saya.

Aku tidak pandai membuat aksi lagak ngeri dan membikin motor,
Mereka tidak mahu kawan dengan saya.

Aku tidak pandai membuat tarian bodoh semasa gig untuk kelihatan cool
samapai kawan-kawan yang lain terkena sepakan saya yang kadangkala
aku sengaja,
Mereka tidak mahu kawan dengan saya.

Aku tidak berpakaian up to date,
Mereka tidak mahu kawan dengan saya.

Aku tidak tahu pasal scene muzik masa kini,
Mereka tidak mahu kawan dengan saya.

Aku tidak berfesyen show seperti yang lain di gig,
Mereka tidak mahu kawan dengan saya.

Aku tidak berkawan yang ada band,
Mereka tidak mahu kawan dengan saya.

Aku tidak menyumbangkan apa-apa pada scene muzik,
Mereka tidak mahu kawan dengan saya.

Aku tidak cukup punk,
Mereka tidak mahu kawan dengan saya.

Aku tidak mempunyai ramai awek,
Mereka tidak mahu kawan saya.

Aku tidak setua mereka,
Mereka tidak mahu kawan dengan saya.

Aku tidak kisah untuk berbual dengan kaum selain kaumku,
Mereka tidak mahu kawan dengan saya.

Aku tidak melayan hanya sejenis muzik sahaja,
Mereka tidak mahu kawan dengan saya.

Aku tidak ada blog yang sehot mereka,
Mereka tidak mahu kawan dengan saya.

aku tidak sesosial seperti remaja masa kini,
Mereka tidak mahu kawan dengan saya.

Aku tidak pernah melepak dengan otai,
Mereka tidak mahu kawan dengan saya.

Aku tidak mempunyai koleksi peribadi yang sukar didapati,
Mereka tidak mahu kawan dengan saya.

Aku tidak selalu berduit,
Mereka tidak mahu kawan dengan saya.

aku tidak hidup dalam keadaan senang dan mewah,
Mereka tidak mahu kawan dengan saya.


0 comments: