BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, February 27, 2011

Isu Pelekat Diperkengahkan

Di tempat pengajianku telah menguatkuasakan undang-undang iaitu jika kenderaan yang hendak meletakkan kenderaan di dalam tempat pengajian hendaklah mempunyai pelekat yang perlu ditempah di HEP. Peleka itu hendaklah dibeli dengan harga RM10. Semasa hendak menempah pelekat ini perlu ditampilkan sekali salinan lesen dan cukai kenderaan yang hendaklah masih "hidup".

Baru-baru ini HEP telah mengeluarkan notis bahawa dalam masa yang terdekat ini akan dilakukan "spotcheck" keatas semua kenderaan pelajar yang telah diletakkan di dalam tempat pengajian. Yang paling mengejutkan "spotcheck" ini akan dilakukan dengan kerjasama pihak polis.

Untuk "pak guard" akan menyaman atau tidak membenarkan segala kenderaan yang tidak mempunyai pelekat kebenaran. Manakala pihak polis akan membuat pemeriksaan terhadap kenderaan. Ini termasuklah sama ada pemandu mempunyai lesen dan cukai kenderaan atau tidak.

Aku memjadi keliru mengenai keperluan untuk melekatkan pelekat kebenaran. Jika tidak dilekatkan akan tidak dibenarkan masuk atau keluar dari tempat pengajian ataupun akan disaman. Jika ditanya akan dijawap supaya keselamatan kenderaan akan lebih terjamin.

Mengenai keselamatan setelah memasang pelekat ini juga menjadi tanda tanya. Pernah dijadikan cerita seorang rakanku telah memasang pelekat dan merantai motosikalnya didalam tempat pengajian. Motor tersebut diletakkan 24 jam kerana kami tinggal didalam asrama yang terletak dalam tempat pengajian. Motor tersebut telah hilang. Bila rakanku mengambil tindakan untuk melaporkan kepada pihak polis,pihak pengurusan tidak membenarkan rakanku dan cuba menghalangnya. Kalau mereka hendak bertanggungjawap boleh kami bertimbangrasa, tapi meereka hanya berkata-kata sahaja.

Yang menjadi pelik, motor tersebut telah dirantai dan ada "guard" yang menjaga selama 24 jam. Malah mempunyai CCTV. itu yang kami berasa pelik. Hasil pemeriksaan kami CCTV tersebut tidak dapat digunakan dan hanya untuk mencukupkan syarat keselamatan sahaja. Kami juga berpendapat bahawa "guard" juga terbabit dalam kes kehilangan mootor tersebut.

Berbalik kepada cerita pemeriksaan lesen dan cukai kenderaan. Aku menjadi tertanya-tanya juga mengapa perlunya kita mempunyai lesen dan cukai kenderaan. Jika tidak mempunyai maka samanlah jawapnya. Adakah keselamatan cara pemanduan hanya bergantung pada lesen dan cukai kenderaan. Mengapa perlunya ini semua?

Aku terasa tersangat tertindas untuk mencari ilmu di dalam negaraku sendiri. Terutamanya mengenai pemeriksaan yang sering dilakukan. Aku boleh dikatakan hampir mengikut undang-undang untuk membuat lesen. Tetapi apakan daya, aku telah disaman dua kali dalam bulan yang sama atas kesalahan tidak mempunyai lesen. Duit tersebut aku telah simpan untuk membuat lesen, apakan daya. Aku terpaksa membayar saman dan terpaksa tidak membuat lesen.

Macam ini lah pihak berkuasa. Bila tidak mempunyai lesen akan disaman. Macam mana hendak membuat lesen jika saman yang dikenakan sehingga dua kali ganda untuk modal membuat lesen.

"AKU BENAR-BENAR TERASA TERTINDAS UNTUK MENCARI ILMU DIDALAM NEGARKU SENDIRI YANG DIKATAKAN NEGARA MERDEKA"


0 comments: