BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, February 25, 2011

Beri peluang kepada mereka untuk hidup

Baru-baru ini terjadi pembuangan bayi di berhampiran rumah di kampungku. Aku hanya berkesempatan melihat gambar bayi tersebut. Sungguh menyayat hati. Comel. Itu kata pertamaku setelah melihat gambar bayi tersebut.
Kemudian aku menjadi lebih sedih apabila bayi tersebut rupanya dibuang dengan uri-uri dan di dalam sump (persimpangan longkang).

Kisah pembuangan bayi dah banyak berlaku di negara kita ini. Kebanyakan bayi yang dibuang ini dari kaum melayu dan beragama islam. Kebanyakan dari mereka membuang bayi kerana ingin menutup malu. Pelik dengan manusia zaman sekarang.

Disebabkan kesalahan ibubapa mereka, mereka yang menanggung sehinggakan ada yang mati dalam kesejukan, digigit anjing dan sebagainya. Salahkah mereka hidup? Malu hanya akan ditanggung seketika, tetapi ingat bahawa trauma akan mengejari kita sehingga bila-bila.

Disebabkan mahu menahan malu mereka sanggup membunuh. Bayi itu juga mempunyai hak untuk hidup bukan anda sahaja. Jika tidak mahukan bayi-bayi tersebut berilah kepada sesiapa sahaja yang sanggup menjaga. Jangan sampai anda membuang bayi tersebut....

Pilih, samada mahu bayi anda seperti ini?


Atau ini?


FIKIR SEBELUM MELAKUKAN SESUATU

0 comments: