BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, February 25, 2011

Kau adalah hero kampung,
Yang selama ini kau kulihat kuat di dalam kampung,
Yang selama ini kampung kau pegang,
Yang selama ini segala perkara perlu merujuk kau,
Yang selama ini kau bercerita tentang kehebatan kau,
Yang selama ini kau hanya berrbangga mengenai tempat kau,
Yang selama ini berlagak ala semseng durjana,
Yang selama ini kau mahu semua sejud ke atas kau,
Yang selama ini pernggerak segala-galanya,
Yang selama ini hebat di mata.

Tetapi apakan daya,
Kau hanyalah hero kampung,
Kau bermegah disana sini,
Kau hanya berpusing di paksi yang sama,
Kau tidak pernah menghormati orang lain,
Kau hanya duduk di dalam kepompong kau,
Kau takut untuk keluar dari kelompok kau,
Yang hanya membuli si kecil bukan si besar,
Kau menjadi kecil apabila keluar dari kelompok kau.

Itulah dia hero kampung,
Yang hanya kuat di kampung,
Walhal apabila berlaku apa-apa di luar,
Hanya panggil manusia di setiapp kelompok,
Kehidupan yang hanya mahu ialah"gaduh",
Sedarlah,
Setinggi-tinggi tangga  yang kau naik,
Akan ada yang telah memanjat lagi tinggi dari kau tanpa kau sedari.



0 comments: