BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, February 4, 2011

Aku Tahu Kamu Hebat

Baru-baru ini aku rajin juga turun gig disekitar kampung(selatan) dan rumah sewa aku (utara).
Aku lihat suasana dalam gig di kedua-dua tempat sama sahaja. Penuh sesak dengan manusia
yang meminati muzik. Akan tetapi, dalam masa yang sama juga aku dapat merasakan sesuatu.
Semua sudah tidak bersepakat dan bersatu seperti dahulu.

Aku lihat kebanyakan peminat-peminat muzik di dalam gig itu berusia semuda
denganku. Dengan erti kata lain, muda = hati masih panas. Kebanyakan gig-gig akan
memanggil band yang bermainkan muzik yang menjadi kegilaan ramai peminat dan menjadi
trend. Seronok rasanya kerana tidak perlu uptodate di internet atau sibuk bertanyakan kawan-
kawan muzik apa yang hebat masa kini. Hanya perlu pergi ke gig sahaja.

Di dalam gig kita akan lihat anak-anak muda dalam kegembiraan di luar batasan. Aku
menjadi meluat mengenai sesuatu perkara. Remaja yang melakukan tarian bodoh. Semua
crowd terpaksa ketepi untuk memberi peluang mereka melakukan tarian bodoh ini. Seperti perlu
menghormati mereka dan mereka mempunyai kad VIP dalam gig ini.

Semasa mereka melakukan tarian bodoh ini juga, tidak dibenarkan mengganggu
mereka. Aku menjadi jelek dengan perangai mereka sebegini. Ada juga yang melakukan tarian
bodoh ini dengan sengaja mengenai crowd yang duduk ditepi. Bila orang tersebut membalas
dendam, berlakulah perkelahian antara mereka.

Bila bertanya kepada mereka mengapa melakukan tarian bodoh ini. Mereka akan
menjawab ?baru Hardcore der?擜ik, hardcore apa sebegini rupa. Seteahu aku HC / Punk itu
saling menghormati, saling bersatu dan sentiasa bersama. Sudah menjadi terbalik ka ini dunia?

Mereka-mereka ini juga hanya dating utuk melihat band yang sama muzik dengan
mereka sahaja. Bila band yang bermain muzik yang mempunyai aliran berlainan, mereka hilang
entah kemana. Oh, mereka hanya mahu berhibur di dalam gig ini.

Erti sebenar gig HC/Punk ialah unutk saling berdiskusi dan berkongsi idea. Bukan mahu
menunjuk siapa hebat dan siapa yang mempunyai ramai peminat. Aku masih tidak mengerti
mengenai pemikiran muda remaja seperti sekarang. Walaupun aku masih muda remaja seperti
mereka tapi mengapa cara mereka berlainan. Pengaruh tv atau internet?

Darah muda antara mereka menyebabkan mereka berasa seperti semua perkara yang
mereka lakukan adalah benar dan tidak boleh walau seorang pu mengkritik apa yang mereka
lakukan. Keegoan mereka tidak dapat mereka kawal dan mereka gagal dalam pengawalan diri
mereka sendiri.

Aku menulis artikel ini bukannya aku mahu menunjukkan betapa prue aku ini. Aku hanya
memberi teguran. Samada anda mahu mengambil iktibar atau hanya mengangkat fuck depan
artikel aku ini, terpulang. Egomu bukan egoku.

Perkara yang perlu ada untuk kelihatan hebat di gig masa kini :

1. Membawa teman wanita dan menunjukkan semua teman wanita siapa yang paling cantik
2. Memakai pakaian mengukut fesyen terkini. Siapa yang mahu menjadi paling hebat
terpaksa berpakaian seperti artis-artis MTV
3. Membawa kamera yang hebat-hebat dan mahal-mahal atas alasan mahu menunjuk siapa
paling kaya
4. Melakukan tarian bodoh yang terpaling hebat. Latihan boleh dilakukan dengan
meniru tarian-tarian di Youtube atau redtube
5. Membenci sesiapa yang meminati muzik berlainan dengan anda
6. Paling penting sentiasa membuat cool kerana semua orang melihat anda dan anda
yang paling hebat

0 comments: