BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, February 4, 2011

Ego sebenar

ego (間o) persepsi seseorang tentang harga dirinya, yg seterusnya mempengaruhi keyakinan dirinya

Ego itu ada di dalam diri setiap manusia yang berminda. Ego itu penting untuk sekeliling
mengenal dan mengetahui siapa diri kita. Tanpa perasaan ego, diri kita tidak akan menonjol
dari sekeliling. Cuma cara pengawalan ego yang berbeza oleh setiap manusia.

Semakin tinggi ego seseorang itu, semakin seseorang itu berasa dirinya terhebat.
Sebagai contoh, kita lihat disekeliling kita atau diri kita sendiri. Kita sering inginkan sesuatu
yang kita lakukan diketahui oleh sesiapa sahaja. Samada dalam skop kecil atau besar.

Semakin kita ego, semakin juga ramai yang membenci kepada kita. Perkara ini antara
kita sedar atau tidak. Samada ego kita diterima ramai atau tidak. Jangan kita tidak tahu, apa
perkara yang kita lakukan juga ada juga yang memandang keji dan jelek terhadap kita.

Dewasa kini, kita sering lihat manusia semakin kurang cerdik untuk mengawal ego
mereka. Sebagai contoh di jalan raya, kebanyakan pemandu kenderaan yang memandu
kenderaan lebih besar atau mahal dari yang lain berasa dirinya terlalu hebat. Kesian kepada
mereka yang menunggang motorsikal, mereka mempunyai peratusan berlakunya kemalangan
nyawa tujuh kali ganda berbanding pemandu kenderaan lain. Apakan daya, kebanyakan
pemandu kenderaan jenis yang besar (kereta,van, bas etc) memandu dengan keegoan mereka.
Mereka menunjuk lagak mereka.

Ya, semua manusia ada egonya sendiri. Aku fuck kau dan kau fuck aku. Semua ini akan
terjadi jika sesuatu perkara tidak bersependapat dengan hati seseorang itu. Kita tidak akan
dapat melakukan sesuatu perkara dengan mendapat kepujian dari semua orang. Ada sahaja
akan tidak berasa senang dengan apa yang kita lakukan. Mengapa? Kerana ego yang terdapat
di naluri setiap manusia.

Proses pengawalan ego itu amat menyukarkan. Kita tidak diajar disekolah mengenai
pengawalan ego ini. Hanya dengan cara mempelajari melalui kehidupan. Kehidupan
merupakan sistem pembelajaran yang amat berguna untuk kita. Dengan cara kita selalu
merenungi akan diri kita, kita akan sedar dan mengetahui cara sebenar untuk kita mengawal
keegoan kita. Manusia akan merenungi diri mereka bila dalam kegagalan atau dalam
kesusahan.

Ini adalah kesedaran diri kita untuk menerima atau tidak sesuatu teguran atau
pandangan orang lain. Tidak mungkin dari kebanyakan akan berkata 揻uck r! ko pon ego jugak.
Nak cakap konon!? Lihat, disitu munculnya ego samada anda sedar atau tidak.


0 comments: