BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, February 24, 2011

Salah cara untuk dipengaruhi....

Sudah menjadi keperluan remaja masa kini untuk sentiasa mengetahui cerita-cerita terbaru yang hendak ditayangkan dipawagam yang berdekatan terutamanya cerita-cerita yang diuar-uarkan menarik. Semua orang mahu kepuasan selepas menonton sesebuah filem yang ditayangkan ibarat menahan sakit  perut didalam bas dan dapat melepaskan hajat sewaktu bas berhenti di kawasan rehat.

Jika ditanyakan mengapa kamu ingin pergi kepawagam apabila ada cerita-cerita baru? Ini jawapannya.
Ali : Aku dah habis boring dah tak tahu nak buat apa.
Minah : Sementara dapat pergi bandar. Tengok je la wayang selain main bowling dan karoke.
Idham : Aku mahu mengetahui jalan cerita yang hendak disampaikan.
Ila : Hero dalam cerita itu hensem. Puas sikit tengok kat wayang.
Rosham : Aku pencinta seni tanah air.
Abu : Wayang tempat paling line clear aku nak bermesra-mesra dengan pasangan.

Pelbagai pandangan yang telah diberikan. Selepas menonton wayang pelbagai ragam anda akan dapati dari setiap penonton. Kebanyakan cerita diwujudkan kerana ingin menyampaikan sesuatu mesej melalui jalan cerita ataupun cara percakapan didalam cerita tersebut. Kebanyakannya para penonton hanya mahu menghiburkan diri semasa menonton sesuatu cerita.

Sebagai contoh ramai yang akan mengulang-ulang dialog yang terdapat didalam cerita tersebut bukan mesej yang didapati. Mungkin pendapat setiap insan berbeza.

Hayatilah jalan cerita yang terdapat di dalam sesuatu cerita. Dapatkan mesej yang hendak disampaikan bukan hanya menghiburkan diri. Banyak sebenarnya mesej yang anda dapati didalam sesuatu cerita tersebut.


0 comments: