BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, May 10, 2011

Kejamnyaa Ketua.....

Kejamnya ketua......
Sanggup melihat orang bawahnya menderita,
Sanggup menutup telinga jerit pekik orang bawahnya,
Sanggup mentertawakan mereka kesakitan,
Hanya mahukan harta.

Kejamnya ketua.....
Sanggup melihat orang bawahnya bermandikan darah,
Sanggup menghunus senjata,
Sanggup kehilangan maruah,
Hanya mahukan nama.

Kejamnya ketua.....
Sanggup melihat orang bawahnya dipijak,
Sanggup melihat orang bawahnya kehilangan segala,
Sanggup menipu segala,
Hanya mahukan takhta.

Bahasa.....

Bahasa merupakan isyarat untuk seseorang yang menyampaikan sesuatu. Penyampaian hendaklah dapat disampaikan kepada sesiapa yang hendak disampaikan. Bukan perkara yang mudah untuk menyampaikan sesuatu dalam bahasa si pendengar tidak dapat memahami. Mesej yang disampaikan tidak akan dapat disampaikan dengan baik.

Juga isu penggunaan Bahasa Inggeris dalam pembelajaran. Didalam isu ini terdapat pro dan konnya. Ada baik dan ada buruknya.

Pengguanaan Bahasa Inggeris di dalam pembelajaran adalah lebih intelek berbanding Bahasa Melayu. Dengan penggunaan Bahasa Inggeris, para pelajar dapat mencari bahan pembelajaran yang bertaraf antarabangsa. Dengan menggunakan bahasa ini, para pelajar tidak akan tertinggal dalam era pembelajaran dewasa kini dan dapat bersaing dengan antarabangsa.

Kekurangan penggunaan Bahasa Inggeris dalam pembelajaran pula ialah pelajar yang lemah dan tidak biasa menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan seperti para pelajar yang tinggal di luar bandar. Pelajar sebegini akan ketinggalan. Penggunaan Bahasa Inggeris bukanlah perkara yang mudah bagi pelajar sebegini.

Sebagai inisiatifnya, para pelajar hendaklah meneyedari bahawa kepentingan penggunaan Bahasa Inggeris dalam pembelajaran. Jangan jadikan mereka hanya katak di bawah tempurung. Yang hanya gah berbunyi di dalam tempurung. Keluar dari tempurung yang anda duduki. Sedari bahasa ini penting di zaman ini kerana Bahasa Inggeris adalah bahasa lingua franca dunia walaupun asalnya Bahasa Inggeris pada asalnya merupakan bahasa golongan radikal.

Monday, May 9, 2011

Seni???

Seni itu terlampau bebas untuk dihayati. Tetapi akan mendapat pandangan yang berbeza-beza dari pemerhati. Disini lebih aku menceritakan seni bunyian. Tidakk terikat pada muzik sahaja. Menagapa menjadi sebegini? Kerana manusia akan lebih memuji perkara yang disukainya. Ada manusia yang mahu memuji perkara yang tidak disukainya? Itulah manusia yang bersikap diskriminasi terhadap sesuatu. Tidak mahu mengambil sesuatu perkara  yang positif walaupun perkara tersebut dibencinya.

Berbalik kepada cerita mengenai seni bunyi. Malahan bunyian bising dan senyap itu juga seni. Terpulang kepada mereka untuk menghayatinya. Cuba lari dari mendengar seni yang hanya ada pada jiwa abda sahaja. Dengan cara ini anda anda mendapat pengalaman yang berbeza dan keasyikan yang berbeza.

Bukankah itu menyeronokkan anda? Setiap manusia mempunyai pelbagai jiwanya dalam dirinya. Adakah anda hanya mempunyai jiwa ganas semata-mata daam diri anda? Tentu tidak bukan? Percaya dan cubalah. Jangan Mendiskriminasikan jiwa anda dan jangan membohongi diri anda semata-mata mahu masyarakat malihat anda yang terbaik.


Friday, May 6, 2011

Siapa wanita itu??

Lahirnya seorang wanita kemuka bumi ini,
Yang menyebabkan kelahiran kita di muka bumi ini,
Yang menjaga dan memerlihara dengan penuh kasih sayang,
Yang memastikan keperluan kehidupan mencukupi walaupun terpaksa membanting tulang,
Yang tidak mengenal erti penat lelah membesarkan kita.

Seorang wanita yang patut dihormati dan dikasihi,
Walaupun kadangkala terkasar bahasa,
Ampuni darah muda ini.

Situa yang kulihat semakin hario kedutnya semakin banyak,
Semakin banyak pengorbanannya kepadaku,
Walaupun mulutku berat hendak mengucapkan terima kasih atas jasa yang tidak ternilai,
Aku tetap bersyukur kerana masih mempunyai ibu yang cukup cekal.

Hanya seorang sahaja wanita yang sepatutnya kta paling sayangi,
Hanya seorang sahaja wanita yang menyebabkan kita hidup didunia ini,
Hanya seorang sahaja yang bernama IBU.

Terima kasih IBU,
Jasamu tetap ku kenang hingga ke akhir hayat.

SELAMAT HARI IBU
( 07 MEI )


Islam pada apa??

Menjadi suatu fenomena pada masa kini. Ramai yang hanya islam hanya pada nama. Disini aku tidak memaksudkan seorang islam yang tidak melakukan rukun islam atau iman. Mungkin itu lebih menunjukkan kurang pendedahan mengenai rukun iman dan islam.

Islam adalah suatu agama yang lemah lembut dan berbudi pekerti. Pelik jika diperhatikan dewasa kini. Ramai yang Islamnya hanya pada luaran. Mengapa dikatakan begitu. Sebagai contoh, aku sering kali melihat gelagat-gelagat seorang wanita yang bertudung labuh dan menutup aurat tetapi apabila ternampak wanita yang tidak menutup aurat, mereka akan serta merta mengeluarkan kata-kata caci maki.

Contoh kedua pula ialah apabila seseorang ternampak seseorang mengutuk islam, mereka serta merta akan memaki orang tersebut. Islam mengajar kita kepada kekasaran? Tidak bagiku. Nabi Muhammad S.A.W. sendiri menyebarkan agama Islam dengan kelembutan walaupun dirinya dihina sehingga dibaling dengan najis.

Contohi peribadi Nabi Muhammad S.A.W. Jangan mudah melenting. Orang lain yang melihat keadaan sebegini tidak akan memuji islam malah memerli dengan lebih lagi. Tunjuk kepada mereka keindahan islam, tunjukkan bahawa agama islam adalah agama kelembutan bukan kekasaran.

Islam Bukanlah Terroris

Monday, April 18, 2011

Marilah mari....Mari mengundi.......

Mengundi untuk tempat yang berdemokrasi. Itu yang dikatakan. Bagaimana dengan dipaksa mengundi?

Ini yang terjadi di tempat pengajianku, yang dipasksa mengundi. Jika anda tidak mengundi, anda tidak dibenarkan keluar dari pintu keluar. Ini adalah soal MARUAH ( katanya ).

Tersebutlah kisahnya begini....

Suatu hari apabila kelas sudah tamat. Aku dan rakanku keseronokan mahu pulang ke rumah sewa kami yang kami bayar cukup setiap bulan dan bersaiz banglo moden. Sambil berlari kami menuju tempat meletak kereta ( motor diletakkan di tempat yang sama), hanya bayanngan nasi kedai mak, air teh o ais, kipas, bantal dan tilam. Kami dengan terkejar-kejar menghidupkan enjin motosikal kami.

Sewaktu kami memintas di pondok "guard", secara tiba-tiba lamunan kami terhenti dengan suara " Ni ang dah undi belum?". "Shit!" kata hatiku. Aku bertanya undi apa. Dia mengatakan semua pelajar perlu mengundi untuk pemilihan Perwakilan Pelajar.

Aku baru sahaja teringat, di tempat pengajianku. Sudah seminggu sudah ditampal gambar seakan ahli politik yang mengih undi simpati. Semua gambar yang ditampal adalah muka yang aku tidak kenali atau aku sahaja tidak mengambil peduli.

Setelah sampainya kami didewan,aku diberikan kertas untuk memangkah. Sewaktu hendak memangkah, aku berkata " muke sape ni? tak kenal pon." Aku pun meneruskan undi aku. Siapa yang aku undi? Rahsia.

Kemudian aku dibenarkan pulang, aku tertanya-tanya sewaktu pulang. Mengapa aku dipaksa mengundi, dan sewaktu aku mahu menabur jati ( mengundi ), mengapa aku tidak mengenali sesiapa pun yang ada di dalam kertas mengundi. Persoalan aku tidak dijawap.

Jika wujudnya Perwakilan Pelajar, mengapa aku langsung tidak nampak segala usahanya mengenai pelajar. Usahanya hanya perlu menampal gambar diri sendiri di merata tempat dengan niat semua ahli politik menang undi dengan melakukan cara tersebut. Tatapi mereka ada melakukan aksi bercerita dongeng dengan semua orang untuk menagih undi. Yang ini tidak menampakkan langsung. selepas pilihanraya, gayanya sama seperti ahli politik. Hanya diam dan bersahaja dengan jawatan yang ada sekarang.

Aku pelik dan kebingungan. " Demokrasikah jika dipaksa mengundi? "


Thursday, April 14, 2011

Kaumku

Kaumku,
Hanya sebuah kaum yang pandai berkata.

Kaumku,
Hanya mengamalkan tradisi kedai kopi sahaja.

Kaumku,
Hanya mahu dibelai dan di manja sahaja.

Kaumku,
Hanya pandai membodek sahaja.

Kaumku,
Hanya kuat apabila ramai sahaja.

Kaumku,
Hanya di dalam belengu kisah jiran sahaja.

Kaumku,
Hanya mempunyai minda kelas ketiga sahaja.

Kaumku,
Hanya manis bicara sahaja.

Kaumku,
Hanya berbanggakan kekuatan kaum keturunan dahulu sahaja.

Kaumku,
Hanya berpusing di paksi yang sama sahaja.

Kaumku,
Hanya mudah diracuni mindanya sahaja.

Kaumku,
Hanya berkata mahu bangkit dan melawan sahaja.

Kaumku,
Hanya mahu kehidupan berpuak-puak sahaja.

Kaumku,
Hanya tinggal nama.