BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, June 21, 2011

Dilemma kelas....

Kita telah diajar sejak dari sekolah lagi mengenai perbezaan antara kelas pekerjaan. Antara contoh, "kalau awak belajar bersungguh-sungguh, awak akan kerja yang baik. Kerja yang tidak memenatkan, kerja dibawah penghawa dingin dan pergi kerja memakai tie. Manakala jika awak belajar malas, masa depan awak hanya memegang cangkul. Itu adalah yang menakutkan. Saya tidak mahu anda semua sperti itu."

Itu adalah contoh ayat yang biasa kita dengar daripada seorang guru kepada muridnya. Mereka sering menghina pekerja golongan bawahan. Samada mereka sedar atau tidak, mereka telah mengajar anak murid mereka membenci pekerjaan golongan bawahan.

Itulah yang biasa kita hadapi pada masa kini. Kita hanya disogok untuk menghormati pekerjaan kolar putih dan membenci pekerjaan kolar biru. Kita disogok dengan pelbagai kata untuk kita semua bekerja sebagai pekerja kolar putih dan tidak bekerja sebagai golongan pekerla kolar biru.

Sedarkah kita bahawa kita semua saling memerlukan antara satu sama lain, antara pekerja kolar biru dan kolar putih, antara golongan borjuis dan golongan kapitalis. Semua saling memerlukan antara satu sama lain.

Jika difikirkan, kita terlalu sibuk kononnya mencari nama dengan bekerja sebagai golongan atasan dan tidak mahu bekerja dari bawah. Apabila tidak mendapat kerja yang sesuai, mula nak berkata bahawa pekerja asing telah merampas rezeki di negaranya, walhal mereka malas dan hanya mahukan dimanja serta dibelai.

Kita harus sedar semua ini supaya kita akan terus maju walaupu kita bermula dari bawahan.

Sunday, June 12, 2011

Hak anda....

Semua manusia mahukan hak asasi jiwa,
tidak perlu mengongkong diri,
tidak perlu berbangga diri.

Jangan perguna atas nama hak asasi diri,
Atas kebenaran kepentingan diri.

Yang sanggup menindas roh yang mahu bergerak bebas,
tetapi kawalan jasad hanya kerana pertahan hak asasi lakonan.


Selamat atau Untung.....

Sudah menjadi lumrah untuk para kontraktor tidak kira kontraktor utama atau pun sub-kon yang mahukan keuntungan dalam membuat sesuatu pembinaan. Banyak perkara yang mahu dipotong, seperti konkrit, besi tetulang dan sebagainya.

Memang selalu dalam pembinaan akan ada kontraktor tidak mengikut pemiawaian yang sepatutnya dikehendaki. Mereka akan membina sesuatu pembinaan mengikut pengalaman mereka. Masalahnya mereka akan mencuri dan mengubah seperti ketebalan konkrit, saiz besi tetulang dan gred konkrit.

Bohong kalau dikatakan sesuatu pembinaan kontraktor tiada langsung keuntungan. Mereka mahu keuntungan yang lebih dari yang sepatutnya mereka dapat. Hal ini sudah menjadi lumrah pembinaan sejak dahulu lagi.

memang pengalaman merupakan pengajar terpenting dalam sesuatu perkara. Masalahnya mereka membina dengan mencuri kegunaan yang sepatutnya. Ketahanan yang sepatutnya tahan lebih lama menjadi lebih singkat. Hal ini terjadi kerana kontraktor yang kononnya membina sesuatu mengikut pengalaman dahulu dan bangunan yang mereka bina tidak runtuh.

Memamng perkara tersebut boleh diikuti, akan tetapi perlu juga mengambil kira beban kenaan yang dikenakan kerana setiap jenis bangunan mempunyai beban kenaan yang berbeza. Selain jenis ketahanan tanah juga berbeza.

Kepada kontraktor diluar sana, berharap sangat perkara sebegini berkurang. Jangan terlalu memikirkan keuntungan yang bakal anda kecapi. Fikirkan ketahanan struktur binaan yang bakal anda bina. Mana tahu kemungkinan suatu hari nanti anda atau aorang rapat anda menjadi mangsa akibat ketamakan anda. Fikirkan...

Tuesday, May 31, 2011

naik tangga....

Tarif elektrik naik, 
bila tarif elektrik naik, 
kos pengeluaran akan naik, 
bila kos pengeluaran naik, 
harga barang akan naik, 
bila harga barang akan naik, 
kelas pekerja terpaksa berkerah untuk menampung kos kehidupan, 
bila pekerja lebih bekerja, 
produksi akan menjadi lebih lagi, 
bila produksi menaik...
ekonomi kerajaan akan menaik......
haisshhhhhh..propaganda...

Sunday, May 29, 2011

Lesen Dan Saman.....

29 Mei 2011. Jam 9.40 AM. Adalah waktu tragedi yang menyayat hati sewaktu aku hendak pergi ke kelas. Sedang asyik aku memandu kenderaan Honda Accord yang ku pinjam dari rakan serumah ku. Aku ditahan oleh seseorang yang berbaju biru.

"Shit!" Kata hatiku. Aku ditahan seorang yang bekerjaya sebagai pekerja Jabatan Pengangkutan dan Jalanraya. Dia mengenakan uniform berwarna biru. Didalam fikiranku waktu ditahan hanyalah mana nak kaut duit.

Selesai proses pemeriksaan ke atasku dan kenderaan yang ku pandu. Aku mendapat surat yang tidak disukai mesyarakat akan tetapi dicintai kerajaan iaitu surat saman.

Aku disaman dengan tanpa belas kasihan. Dengan kesalahan TIADA LESEN MEMANDU. Ini adalah saman yang ku terima kali ketiga dalam hidupku dengan kesalahan yang sama.

Pegawai JPJ yang menyaman aku selalu membuat lawak yang aku senyum tanda lawaknya tidak lawak. Katanya begini " dah tau tak nak kena saman, buatlah lesen". Lawak yang tidak kelakar.

Aku bukannya tidak mahu membuat lesen memandu, tetapi apakan daya. Aku seorang pelajar. Yang tiada pendapatan. Hanya mengharapkan pinjaman yang kuterima yang dikira masih tidak mencukupi keperluan kehidupanku. Membuat lesen bukan bermodalkan kecil. Malah beratus ringgit yang memberatkan kepada golongan-golongan kelas bawahan seperti aku ini. Dulu sering kali aku menyimpan wang untuk membuat lesen memandu kerana tidak mahu menghabiskan wang aku hanya kerana membayar saman. Apakan daya, duit yang aku simpan untuk membuat lesen memandu terpaksa aku habiskan untuk membayar saman.

Dengarkan isi hati aku ini KERAJAAN. Kau terlalu kejam. Kau menindas hidup kami yang berada di kelas bawahan ini!

Monday, May 23, 2011

Hitamnya dunia...

Hitamnya dunia dengan kemodenan,
Yang berbunuh,
Yang berbangga,
Dan yang angkuh.

Hitamnya dunia dengan harta,
Yang menindas,
Yang berputar,
Dan yang jelek.

Hitamnya dunia dengan nama,
Yang menipu,
Yang berdosa,
Dan yang menjilat.

Budget pinjaman.....

Bohong kalau aku katakan aku tidak meminati barangan yang cantik dan berkualiti. Tetapi bagaimana pula yang melampaui batas sehinggakan sanggup membeli pakaian berjenama sehingga menghabiskan duit?

Perkara ini menjadi masalah kepada ramai pelajar-pelajar di IPTA dan IPTS yang baru sahaja pandai memegang wang ringgit. Mereka kebanyakan terlalu taksub dan memikirkan bahawa wang ringgit yang mereka yang dapat hasil pinjaman sangat besar.

Tidak mengapa kalau mereka darin keluarga yang berkewangan. Bagaimana pula dengan mereka yang lahir dari golongan yang tidak berwang? Kebanyakan pelajar dari golongan seperti ini yang alpa dengan wang ringgit pinjaman mereka.

Sering kali jika dilihat sewaktu mendapat pinjaman, pasaraya-pasaraya besar yang menjual pakaian berjenama dipenuhi para pelajar. Ada yang hanya berjalan-jalan, ada yang hanya mahu melihat gadis, dan tidak terlupa kepada mereka yang mencari pakaian serta pelbagai lagi barangan diri yang baru serta mewah.

Mereka sanggup menghabiskan wang ringgit mereka untuk hidup mewah. Ada yang kononnya malu dengan memakai pakaian murah, ada yang kononnya mahu berlagak dengan dunia fantasinya. Untuk apa ini semua? Untuk mendapat pandangan yang mulia?

Kebiasaan mereka seperti ini akan kekurangan sumber kewangan pada hujung semester kerana pinjaman yang dapat telah habis dengan membeli barangan duniawinya. Apabila ada rakan yang menegur, sudah semestinya mereka akan berkata bahawa rakan-rakan cemburu dengan pakaian jenamanya. Apabila sudah penghujung semester, bila kawan semua tidak mahu membantunya yang kekurangan wang ringgit untuk makan, dia berkata bahawa kawan tidak akan datang apabila dia susah.

Siapa yang bodoh dalam perkara ini?

Sedarlah bahawa pinjaman yang diberikan cukup untuk anda hidup jika anda pandai membahagikan wang ringgit anda sebaiknya. Kurangkan dunia fantasi anda hanya kerana mahu pujian dari orang lain. Anda susah kerana pinjaman anda habis berbelanjakan kehidupan mewah anda? Anda bodoh!